Alhamdulillah, syukur ku panjatkan ke hadrat Ilahi kerana penantianku berakhir juga. Aku telah selamat melahirkan permata hatiku yang ke-empat seorang putera di Hospital Pakar An-Nur Bangi pada 02.02.2010 jam 4.42 am. Walaupun sepanjang kehamilan aku melalui saat-saat kesakitan dan keperitan yang tidak terhingga, akhir doaku termakbul jua. Puteraku dilahirkan awal 4 minggu dari tarikh jangkaan dengan keadaan yang sihat. Syukur tidak terhingga walaupun dikatakan tidak cukup bulan, tp dia dilahirkan dengan berat 3kg.
Sebenarnya aku telah mengalami kesakitan sejak hari sabtu yang lepas. Aku langsung tidak berdaya untuk keluar berjalan-2 walaupun keinginan hati begitu kuat utk keluar membeli brg2 keperluan. Sepanjang cuti hujung minggu, aku sekadar terbaring dirumah. Ku rasakan begitu tidak tertanggung lagi sehingga aku berdoa supaya dicepatkan kelahiran permata hatiku ini. Takku sangka Allah menjawab doaku. Sepanjang malam Isnin aku sudah mula merasai kesakita yang tidak begitu ketara. Namun aku tidak begitu mempedulikan kesakitan itu. Aku bercadang untuk pergi bekerja seperti biasa keesokan harinya. Ada beberapa tugasan di Pejabat belum ku bereskan. Menjelang pagi, aku mula merasa ragu-2 untuk meneruskan hasratku untuk keluar bekerja. Bimbang pula sesuatu yang tidak diingini berlaku sepajang perjalanan dar Putrajaya ke Shah Alam. Aku berdoa supaya Allah memberi petunjuk untuk membuat keputusan. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk berjumpa doktor pada pagi itu. Belum pun sempat aku mengkhabarkan kepada rakan setugas mengenai ketidak hadiranku, tiba-2 ku rasakan ada sesuatu yang tidak kena. Aku dapati cecair bercampur darah telah keluar.
Pagi itu, aku sempat menyelesaikan tugasan yg telah diamanahkan dan ku emelkannya kepada rakan-2 di Pejabatku. Aku hanya ke Klinik berhampiran rumah untuk mendapatkan MC dan bercadang untuk ke Hospital menjelang petang setelah suami tersayang selesai menghadiri mesyuarat. Pukul 2.45 p aku sampai di hospital dan terpaksa menunggu lama untuk berjumpa doktor. Sebaik saja dapat berjumpa doktor pada pukul 4.45 ptg, didapati pintu rahimku telah pun terbuka 4cm. Aku agak terkejut dengan keadaan itu dan terpaksa ditahan di wad pada petang itu juga. Menjelang maghrib, doktor menjengahku namun tiada contraction yang berlaku. Cuma rasa sakit yang mampu ku tahan. Kepadaku doktor memberitahu sekiranya tiada kesakitan yang ku alami, mungkin hari esok aku bolh pulang ke rumah. Doktor tak mahu aku di induce memandangkan kandunganku baru mencecah 36 minggu. Masih dikatakan awal untuk bersalin. Apapun aku pasrah....tunggu ajerlar apa yang akan berlaku.
Semakin malam menjelang aku masih tak dapat melelapkan mata. Jam telah menunjukkan pukul 12.45 pagi. Aku mula merasakan contraction yang agak kuat berlaku. Lama kelamaan, menjelang 10 minit sekali kesakitan itu makin kerap tapi hanya dalam seminit sahaja. Alahai....keadaan itu membuatkan aku langsung tak boleh melelapkan mata. Aku menghantar sms kpd suami dan ku khabarkan ttg keadaan diriku. Suami berhasrat untuk menemaniku, tp kesian pula pada anak-2. Aku hanya meminta suami menunggu di rumah sahaja. Menjelang pukul 3.30 pagi aku dah tak mampu untuk berjaga lagi. Kepada nurse ku beritahu bahawa aku langsung tak dapat melelapkan mata walau sekejap kerana sakit yng kerap tetapi sekejap itu. Sebaik saja bidan memeriksa bukaan rahimku, ianya telah terbuka 7cm dan aku terus diminta untuk ke labour room.
3.45 am aku mula memasuki labour room. Sakit masih kerap 10 minit sekali tp hanya dalam tempoh 1 minit. Doktor memeriksa bukaan rahim dan ianya telah terbuka 8cm. Setelah melawan kesakitan yang kerap tapi sekejap, akhirnya pada jam 4.42 pagi aku telah selamat melahirkan permata hati yang dinanti-nantikan. Alhamdulillah, syukur pada Allah. Jam 5 pagi suami tersayang sampai dihospital dan mengazankan putera kami. Apapun....kesyukuran jua ku panjatkan kepada Allah Taala. ALHAMDULILLAH....