Ku lihat Sofia begitu excited nak pindah ke sekolah baru. Maklum sajalah, kawan rapatnya turut berpindah ke sekolah yang sama. Namun berbeza dengan Zakwan. Semalam nampak o.k jer. Tapi bila aku bertanyakan pengalamannya di sekolah baru, ternyata dia tidak gembira. Dia menyatakan hasrat untuk kembali ke sekolah lama. Dari riak wajahnya dan nada suaranya, aku tahu dia bersedih. Dia mengaku menangis di dalam kelas kerana teringatkan kawannya disekolah lama. Ketika bercerita, ku lihat airmatanya bergenang. Oh anak...bila lihat kau bersedih, ibu turut bersedih hingga aku pula yang mengalirkan air mata. Hatiku rasa sedih dan kasihan kepada Zakwan. Ku pujuk Zakwan dan memberi kata-2 semangat kpdnya. Namun pada masa yang sama aku tak dapat membendung air mataku kerana bersedih melihat dia bersedih.
Ya Allah, aku berdoa semoga anakku Zakwan gembira di sekolah barunya dan bertemu dgn rakan-rakan baru yang dapat membuatkan hatinya gembira dan seronok bila ke sekolah.