Friday, March 18, 2011

Di celah-celah kehidupan



Seperti biasa setiap hari aku memandu sendirian pulang dari tempat kerja di Shah Alam ke Putrajaya. Melalui jalan yang sama setiap hari. Namun hari ini aku terlihat sesuatu yang agak luar dari kebiasaan. Ketika berhenti di sebuah traffic light, aku terlihat kelibat seorang tua berjalan di tengah-tengah deretan kereta yang berhenti di traffic light. Raut wajahnya kelihatan bukan seperti rakyat tempatan. Sekali pandang macam myanmar, macam bangladesh pun ada. Melalui penampilannya seperti seorang islam sebab dia memakai kopiah dikepala. Ditangannya seperti ada sebuah tasbih. Jalannya berdengkot-dengkot. Kelihatan agak dhaif. Aku melihat pakcik tua itu memegang sebuah nota yang bertulis sesuatu. Mataku hanya dapat menangkap beberapa perkataan yang tertulis. "tolong bantu saya, saya sakit.......". Hatiku berdetik....waras ke pakcik ni? atau dia mmg benar-benar terdesak sehingga sanggup meredah deretan kereta di tengah jalan untuk memohon pertolongan? Nilai kemanusiaan ku terusik. Ingin saja ku buka tingkap keretaku dan menghulurkan beberapa ringgit wang yg ada di kereta. Tp hati berbelah bagi pula. Bimbang pula jika dia orang yang tidak waras. Nanti tak pasal-pasal aku pulak yang dapat masalah. Sebuah demi sebuah kereta pakcik itu lewati. Namun ku lihat tidak ada yang menghulurkan apa-apa di sebalik tingkap kereta. Di tanganku ada beberapa ringgit wang kertas seringgit digenggam. Sebaik saja melewati keretaku, pakcik itu langsung tidak menghulurkan tangannya. Mungkin kerana aku hanya memandu kereta Viva. Dari cermin kereta aku terus memerhatikan kelibat pakcik itu sehinggalah akhirnya lampu di traffic light bertukar hijau. Keretaku terus meluncur ke depan. Namun hatiku masih tertanya-tanya keadaan pakcik tua itu. Jika benar dia memerlukan pertolongan alangkah kasihannya dia. Moga dia di bantu oleh yang maha ESA. Aminn.

Thursday, March 17, 2011

Bibik Oh Bibik

Masalah datang lagi...Huh. sakit jugak kepala otak nak pikir ni. Nak fokus kat keje pun dah tak boleh. Belum pun sempat aku duduk di kerusi opis, tetiba dapat sms dari hubby yg berbunyi "Tadi mak cakap, sasi ngandung sebulan, adussss". SASI= makhluk alah yang menjadi bibik aku. Dah hampir 3 thn keje dgn aku, tup tup ngandung lar plak. Mmg salah aku sbb terlalu bagi muka kat mangkuk sekor ni. Dia nak cuti, aku bg, nak beli telefon, aku belikan (tp pakai duit dia lar). Sudahnya hasrat untuk mencari rezeki bertukar mencari laki pulak jadinya. Ramai yg cakap jangan terlalu baik dgn bibik. Hmmm..susahlar nak cakap. Disebabkan aku ni belajar ilmu psikologi, ilmu yg mengkaji tingkahlaku manusia, pasti sifat kemanusiaan aku sgt tinggi. Tak bagi cuti karang, aku pun memahami, keje sepanjang minggu tensen jugak. Tp bila aku bagi cuti, dia mencari laki. Org kata jgn bagi pakai telefon, aku bg jugak sbb aku fikir telefon digunakan untuk menghubungi anak yg jauh dimata. Rupanya telefon jantan merata-rata.


Sekarang ni aku tgh sakit otak tak nak pikir mana nak cari bibik. Adoilar...kos ambil bibik bukanlar murah. Andainya bayaran mahal tp bibik berkualiti....alhamdulillah. Malangnya kalau bayar mahal-2 tp keje hampeh macam siut. Aku jugak yg rugi. Bila difikir-fikirkan, rasa macam nak berenti jer. Tp bila difikir-fikirkan lagi, sayang lar pulak nak berenti. Bekerje ni sebenarnya seronok jika tiada masalah penjagaan anak. Tp bila ada masalah bibik cam ni lar membuat kan aku kerap kali pikir nak berenti. Inilar dilema seorang wanita bekerjaya dan beranak kecik.



Oh diri, kuatkan hati, tabah jiwa menghadapi cabaran ini. Semoga ada jalan penyelesaian terbaik buatku. Aminnn.