Friday, June 13, 2008

ADAB MEMUKUL ANAK

1. Didiklah anak/ nasihati anak terlebih dahulu. Beri ruang/tempoh untuk anak perbaiki kelemahan/berubah. Jika tiada perubahan pukullah dia.

2. Umur yang sesuai untuk dipukul ialah ketika anak berumur 10 tahun. Ini kerana ketika umur tersebut anak-anak akan memahami mengapa mereka dipukul dan lebih mewujudkan kesedaran. This is in accordance to Hadis Rasulullah s.a.w yang menyuruh ibubapa untuk memukul anak-anak yang meninggalkan sembahyang apabila telah mencapai usia sepuluh tahun.

3. Pukullah anak-anak disebabkan mereka telah melakukan kesalahan-kesalahan besar. Contohnya meninggalkan sembahyang, berperbuatan keji dan perkara seumpamanya.

4. Jangan pukul anak lebih daripada tiga kali. Ini selaras dengan kisah Jibrail memeluk Rasulullah s.a.w sebanyak tiga kali apabila Rasulullah s.a.w tidak boleh membaca ketika di Gua Hira'.

5. Pukul untuk tujuan mendidik bukannya memudaratkan

6. Menjauhi muka dan kemaluan. Saidina Ali pernah berpesan bahawa muka dan kemaluan merupakan kehormatan manusia.

7. Jika anak-anak meminta pertolongan Allah s.w.t ketika dipukul, berhentilah memukul dengan serta merta. Ini menunjukkan bahawa anak tersebut sedar akan kesalahannya dan memohon pertolongan Allah s.w.t

8. Menggunakan alat yang sesuai. Contoh kalau rotan digunakan ianya mestilah tidak terlalu tebal dan tidak terlalu nipis. Terlalu tebal , tidak sakit, kurang memberi pengajaran. Terlalu nipis, terlalu sakit, memudaratkan. Menggunakan alat yang cukup sekadar dapat memberi pengajaran kepada anak-anak.

9. Jangan sertakan kemarahan yang meluap-luap sampai tidak boleh berhenti memukul anak


No comments: