Tuesday, November 13, 2012

Resepi Apam Polkadot



Semalam kat office badan rasa tak sihat sgt. Mungkin sbb makan antibiotik dgn ubat tahan sakit kot. Rasa macam nak pitam, nak muntah, pening kepala....macam orang mengandung pulak. Tapi kompem tak mengandung. Dalam keadaan pening-pening lalat memandu dari Shah Alam ke Putrajaya, akhirnya sampai ke rumah jam 6 petang. Pening-2 lalat pun pecut jugak. Agaknya lepas memecut kepala rasa dah o.k sikit. Adakah memandu laju juga terapi buat aku? huhuhuhu...

Dah lama berangan nak buat apam polkadot. Dulu nak buat macam tak confident. Maklum je lah, satu masa dulu pernah aku rasa aku ni mmg tak ada bakat langsung dalam bab-2 membuat kuih ni. Sebiak saja sampai kat rumah, aku google resepi dan bahan-2 semua dah ada kat rumah. Maka teruslah aku memulakan projek membuat apam polkadot. Wah....kepala yg sakit tadi dah hilang lar pulak. Memang memasak ni terapi jugak lar buat aku nampaknya. Dan akhirnya terhasillah apam polkadot yang comel dan cute berserta lembut dan gebu juga. Meh kita tengok resepinya:

Bahan-bahan:-

3 biji telur dari peti ais (asingkan putih dan kuing telur)
2 cawan tepung gandum
3 sudu kecil baking powder
1 cawan gula halus
1 sudu kecil ovalette
150ml susu segar/susu cair/santan (mana-2 ikut suka korang lah)
1 sudu kecil esen vanilla
Inti ikut suka korang (blueberry/peanut/strawberry/kaya etc)
Pewarna

Cara-nya:
1. Pukul putih telur pada kelajuan maksima sehingga kembang
2.Masukkan kuning telur, gula, ovalette, esen vanila dan pukul lagi sehingga kembang.
3. Masukkan tepung yng telah diayak bersama baking powder sedikit demi sedikit berselang seli dgn susu.
4. Setelah sebati, bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan mengikut warna pilihan korang.
5.Picit adunan ke dalam paper cup separuh dan masukkan inti. dan kemudian penuhkan paper cup. Pastu buatlah dot-2 ker, atau apa-2 saja mengkut kreativiti korang.
6. Kukus selama 15 minit dengan api yang perlahan. Tutup penutup kukus dengan kain bagi mengelakkan air wap menitik ke dalam apam.

SELAMAT MENCUBA!!!

Tuesday, October 30, 2012

Kek Velvet Pelangi Kukus


Wah....tgk gambar kek ni mesti teruja kan. Penuh warna warni gitu. Memandangkan semalam aku cuti, makan mood nak buat kek tu datang membuak-buak. Dah lama dok perhati resepi kek ni kat internet. Buat RnD sikit untuk pastikan resepi yg di ikut tu adalah yang terbaik, maka terhasillah kek Velvet Pelangi kukus yg penuh warna-warni ni. Rasanya.....wow....sangat sodap. Teksturnya pun juga lembut dan gebu. Anak-anak suka sangat-2 dengan kek ni.

Utk kek ni, aku guna 7 warna. Pink, hijau, biru, kuning, putih(warna original adunan), purple (hasil campuran warna biru + pink) dan oren (campuran warna pink + kuning). Meriah gitu kata ko. Sapa-2 berminat nak buat, silalah rujuk resepi dibawah:


bahan bahan (loyang 8")

4 biji telur A - yang sejuk dari peti ais
3/4 cawan gula halus / perang (180g)
1 1/2 cawan tepung gandum (180g) - di ayak
3/4 sk baking powder
1/2 sb penuh ovallete
1/4 sk garam
7 1/2 sb susu sejat (120g)
1 sk esen vanilla
1/2 cawan minyak jagung / mentega cair (80g)

1.Panaskan kukusan.Loyang dialas kertas dan digris.

2. Satukan kesemua bahan2 ke dalam mangkuk mixer kecuali minyak dan pewarna dan pukul hingga kembang.

3.Masukkan minyak dan kacau perlahan2 hingga adunan sebati.

4.Bahagi adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan dengan warna2 pilihan.

5.Bubuh adunan berselang-seli warna ke dalam loyang hingga habis.

6.Tutup loyang dengan alum. foil yg digris dan kukus selama 45 min. atau hingga kek masak.

 7.Buka segera alum.foil tadi dan biar kek di dalam loyang 5-10 min dan terbalikkan atas redai kek untuk disejukkan.

Setelah sejuk,potong dan hidangkan.

Thursday, October 4, 2012

RESEPI MEE KARI TERANGKAT



Wah...nama resepi pun mmg tak boleh blah. Heheheeh...
Tapi resepi mee kari ni mmg sedap. Hasil rajin berkawan pakcik google.
Tp tak sempat nak snap gambar mee kari yg aku masak. Gambar yg kat dalam ni adalah belas ihsan pakcik google jugak. Jom kita lihat resepinya:

Bahan-2

Sebungkus Mee Kuning

5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 bungkus kecil serbuk kari (nak letak lebih pun tak pe)
1 biji kentang yang telah direbus
setengah mangkuk isi ayam
setengah mangkuk kerang
5 cawan santan (nak lebih pun tak apa)
Sedikit air asam jawa
tauhu cina yang siap digoreng (yang macam span tu) potong 2
Fish ball dan fish cake dipotong-potong
2 tangkai daun kari

bahan hiasan

Bawang goreng, tauhu goreng,cili potong, limau kasturi belah dua, sawi dan tauge di celur

Cara-nya


Cara-cara

  1. Celurkan mi dalam air mendidih dan tos, asingkan.
  2. Untuk kuahnya: Sediakan periuk yang sederhana besar, panaskan minyak untuk menumis. Tumis bawang putih, bwg merah dan halia dan daun kari hingga wangi. Masukkan pes rempah kari. Tumis hingga naik minyak.
  3. Masukkan isi ayam yang sudah dibersihkan. Gaul dan biar seketika.
  4. Masukkan santan, air asam jawa, kacau sebati. Biarkan mendidih.
  5. Sementara menunggu kuah mendidih, kentang yang sudah rebus di tambah sedikit air panas dan dihancurkan hingga lumat. Masukkan ke dalam kuah yang sudah mendidih.
  6. Masukkan kerang, fish ball, fish cake, garam dan perasa dan biar sekejap. Akhir sekali masukkan tauhu goreng tadi.
  7. Hidangkan dengan tahu goreng, bawang goreng, sawi dan taugeh. Selamat mencuba!
  8. ***Anda juga boleh mengubah mana2 kandungan mengikut kesesuaian selera anda dan keluarga.

Saturday, September 15, 2012

BISKUT GREEN PEA

Sebenarnya dah lama berhasrat nak buat biskut ni. Tapi dari sehari ke sehari tak sempat nak beli tepung green pea. Tambah lagi minyak jagung buat biskut mazola hari tu masih berbaki banyak lagi. Hari tu dah beli tapi tersilap beli tepung pulak. So, semalam dah dapat beli tepung tu kat Yummy Bakery, Bandar Baru Bangi. Maka hari ni aku cuba mengetest skill membuat biskut green pea ini.

Bahan-2nya

1 cawan tepung green pea (tepung ni tak sama dengan tepung kacang hijau yer. Warnanya hijua dan biasanya dijual di kedai-2 bakery)
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula icing
1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu tepung jagung
1 sudu marjerin
Minyak jagung secukupnya.

Cara-2nya

1.Campurkan kesemua bahan dan masukkan minyak jagung secukupnya.
2. Agak-2 dah boleh diterap atau dibentuk, makan terapkan mengikut acuan yang dipilh atau buat bentuk bulat-2 jer. Kemudian sapukan kuning telur sebagai hiasan. Maka inilah hasilnya. Buatnya sngt mudah, rasa sgt sedap. Tak percaya? Cubalah buat....


Friday, September 7, 2012

BISKUT GAJUS SEDAP GILER



Alkisahnya biskut gajus ni aku buat selepas raya. Nak buat sebelum raya tak sompek dek non. Macam biasa lar, sebelum memulakan acara bakor membakor biskut ni, aku menggoogle segala macam resepi biskut gajus. Setelah bermacam-macam resepi aku kaji, maka aku telah tertarik dgn satu resepi ni yg dia tulis biskut gajus sedap giler. Untuk membuktikan betapa giler sedapnya biskut gajus tu, maka aku mencuba resepi yg tertulis. Hasilnya.....wah....sodap nak. Bukan aku kata, anak dara aku kata. beginilah bunyi dialognya " Ibu, sedap giler biskut ibu ni. Walaupun kakak ni tak teringin nak makan, tp bila makan sedap sgt, rasa nak makan jer". Maka terbuktilah kesedapan biskut itu. Jom kita tgk apa resepinya....cunnnn nakkkk!!!

Resepi:

250 butter
1 sudu teh esen vanila
1/2 cawan gula halus (castor/ icing)
1/2 cawan brown sugar
1 cawan gajus 9dikisar halus)
1/2 cawan tepung jagung
2 1/2 cawan tepung gandum
Gajus & kuning telur untuk hiasan

* Ada orang tanya, cawan tu besor mana nak sukat? Aku guna cawan metrik macam kat dalam gambo ni. Korang cari jer kat kedai bakery, mydin, carefour, giant. Mmg ada jual kat situ. Aku dulu pun blur gak bab ukur cawan ni. Maklum je lar ilmu membuat biskut ni mmg aku fail.





Caranya;

1.Gaul rata semua tepung bersama kacang gajus yang telah dikisar.
2.Kacau sebati butter bersama gula icing/castor, brown sugar dan esen vanilla.
3. Masukkan tepung yang telah dicampur bersama gajus  dan gaul sehingga menjadi doh.
4. Terap ikut acuan pilihan anda.
5. Bakar dalam oven ikut kesesuaian oven korang. Aku bakar dalam suhu 150C dalam temph 10-15 minit.

Sekian adanya. Selamt mencuba.


Tuesday, July 24, 2012

PUDING JAGUNG

Hari ni merupakan hari ke empat kita berpuasa di thn 2012. Puasa yang bermula hari Sabtu disambung dgn cuti hari Isnin, maka hari ini adalah hari pertama aku berpuasa pada hari bekerja. Berdasarkan pengalaman tahun lepas, asal keluar lambat jer dari opis, kompem akan tersekat dalam trafic yang perlahan. Sebaik shj jam mencecah pukul 5, aku bergegas pulang ke rumah. Jenuh tu nak drive dari Shah Alam ke Putrajaya. Bimbang takut tak sempat nak masak. Kuda merah ku pecut laju. Alhamdulillah, jam 6 lebih sampai ke rumah. Cabaran memasak 40minit, aku mampu menggulai ayam kampung masak lemak cili api, sayur kangkung, ikan goreng dan puding jagung.

Actually, ni first time aku buat puding jagung. Disebabkan aku ni mmg bukan jenis yg suka makan cookies atau kuih muih, maka mmg idok lar rajin membuatnya. Tapi atas permintaan suami, aku mencuba resepi yg ada dalam majalah rasa. Sepanjang nak menyediakan bahan-2 tu mmg dok jenguk majalah  aje lah. Maklum je lar, first time buat, tak confident. Takut tak jadi. Tapi alhamdulillah, percubaan kali pertama menjadi. Husband suka, anak-2 pun suka. So, aku kongsikan resepinya di sini untuk rujukanku di lain kali:

Bahan-2

120gram tepung kastad
375ml santan
500ml air
180gram gula.
1 sudu tepung jagung
1 tin jagung

Cara:

1. Campurkan kesemua bahan tepung kastad, gula, tepung jagung, air dan santan dalam satu bekas.
2. Kacau hingga sebati
3. Masak diatas api yang sederhana sehingga pekat dan berkilat.
4. Tuang dalam loyang dan sejukkan sehingga keras.




Wednesday, July 18, 2012

RESEPI PUDING KARAMEL


Puding ni memang kegemaran aku. kalau bulan puasa biasa jual kat Pasar Ramadhan, paling murah aku penah jumpa RM1.50 sepotong. Yang jual sampai RM3 sepotong pun ada. Perrghhhh...gila mahal. Tapi disebabkan tak reti nak buat sendiri, beli lar jugak. Tapi kali ni aku dah belajar buat puding karamel ni. Cari resepi kat internet jer. Try buat sekali, alhamdulillah menjadi. Bila dah menjadi tu buat banyak kali sampai dah naik jemu pulak. Memandangkan bulan Ramadhan akan menjelma beberapa hari saja lagi, maka aku tuliskan semula resepi puding karamel ni. Senang nak rujuk kalau nak buat nanti. Dah lama tak buat nanti lupa pulak.


Bahan-bahannya:


400ml susu segar
4 biji telur
5 sudu gula


Utk karamel
5 sudu gula
2 sudu besar air


Cara-cara
  1. Sediakan karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.
  2. Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih.
  3. Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. Jangan sampai mendidih.
  4. Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
  5. Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit
  6. Atau boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.
  7. Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka.
  8. Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti ais

Monday, July 9, 2012

BISKUT SEMPRIT






Sepanjang kehidupan selama 35 thn ni belum pernah aku buat cookies. Tp oleh kerana anakanda Sofia nampak macam berminat dgn bidang masakan ni dan dia pun beria-2 minta buatkan cookies maka aku penuhi permintaannya. Terus terang aku katakan, bab-2 buat cookies mmg aku fail. Bentuk adunan lembut atau keras pun aku tak tahu. Oleh kerana aku ni mmg tak reti bab-2 membako biskut ni, sudah pastilah internet menjadi rujukan masakan untukku. Dari satu blog ke satu blog aku jelajahi. Bermacam-macam cara nak buih biskut semprit bunga ni. Akhirnya aku memilih resepi dan cara yg paling mudah untuk aku mulakan projek membako biskut ni. Alhamdulillah, menjadi juga akhirnya percubaan pertama ku. Rasanya lembut dan sedap. Supaya aku tak lupa, aku catatkan resepi ni untuk rujukan di lain kali.

Bahan-Bahan:

Butter 250g
Gula icing 140g
Kuning Telur 2 biji
Tepung jagung 100g
Tepung kastad 160g
Tepung gandum 240g
Esen Vanila 1 sudu
Ceri untuk hiasan

Cara:

1. Pukul butter bersama gula sehingga kembang.
2. Masukkan kuning telur satu persatu.
3. Setelah sebati, masukkan tepung jagung, tepung kastad dan tepung gandung sedikit demi sedikit.
4. Setelah adunan sebati, terap dgn menggunakan acuan.
5. Letak ceri sebagai hiasan
6. Bakar dalam suhu 150c dalam tempoh 15 minit.

Friday, June 15, 2012

BODOHNYA BIBIK

Oh bibik, seingat aku, aku pernah menulis pasal bibik di blog ini gara-2 dia lari. Namanya bibik Sasi. Umurnya sekitar 27 thn. Tahukah anda, sebenarnya selepas sebulan dia lari kali pertama dulu, aku telah mengambil kembali dia bekerja dgn ku. Baiknya aku kan...kalau org lain, mau lar bibik tu dah kena fling kick. Jgn harap lar nak keje semula. Ketika dia kembali bekerja, permit sudah dimatikan, dan aku telah memberi syarat kpdnya bhw dia kini bekerja dengan aku, namun sudah tidak ada permit. Sekiranya dia ditangkap, aku tidak akan bertanggungjawab.

Namun setelah sebulan dia bekerja, ibu mertuaku yg ketika itu tingal beberapa hari dirumah, dapat melihat kelainan pada tubuh bibik. Dan......akhirnya bibik mengaku bahawa dia telah mengandung 2 bulan. Dia telah berkahwin secara sembunyi2, tanpa pengetahuan aku, sebulan sebelum dia melarikan diri. Citttt...hampeh punya bibik. Aku yg baik hati bagi dia cuti sangka dia mmg bercuti rumah sedara, tp tanpa aku sedar, dlm diam-2 dia kahwin dgn warga indon disini.

Apakan daya, dia dah mengandung. Maka aku yg baik hati ni masih membenarkan dia bekerja dirumahku.  Pernah dia menyuarakan mahu menggugurkan kandungan, tp aku hanya minta da berfikir dosa dan pahala. Dan....akhirnya dia membatalkan hasrat utk menggugurkan kandungannya. Sepanjang bibik mengandung mmg cabaran bagi aku yg bekerja ni. Bayangkan, jika dia bercuti pada hari Sabtu dan berjanji akan pulang bekerja pada hari Ahad, tp hanya pulang pada hari Isnin, maka aku terpaksa mengambil cuti kecemasan. Bukan sekali dua, tp berkali-kali. Terlalu banyak air mataku tumpah gara-2 bibikku yg sorang ini. Hinggalah Sebulan sebelum dia bersalin, dia minta untuk berhenti dalam erti kata lain bercuti sehingga dia habis berpantang dan kembali bekerja dgnku. Selepas bibik berhenti, macam-2 indon yg bekerja secara harian dirumahku. Sesungguhnya aku hanya berserah pada Allah atas keselamatan anak-2ku.

Pada ketika dia bercuti juga, pernah 3  kali aku cuba mengambil pembantu rumah secara tetap. Bibik ini namanya bibik  Sri Siratmi, berusia sekitar 40-an. Tp apakan daya, kali pertama aku mengambil bibik dari seorg agen bebas, dia hanya sempat bertahan seminggu bekerja dirumahku kerana didapati mengidap sakit kanser servik. Nasibku agak baik kerana agen memulangkan kembali separuh daripada duitku secara tunai, manakala selebihnya dia berjanji akan membayar secara ansuran. Namun begitu, dah 9 bulan berlalu, bayaran ansurannya on dan off, sehingga kini masih berbaki RM1500.

Bibik yg kedua bernama bibik Normah, berusia 38 thn. Ku ambil dari agen bebas juga. Hari pertama dia bekerja sudah bangun lewat. Aku sudah pergi bekerja pun dia masih belum bangun. Memang dasar bibik hampeh. Mujur ibu mertuaku ada dirumah untuk memantau. Baru pun 3 jam dia bangun dari tidurnya, aku dah mendapat aduan dari ibu mertua mengatakan bibik tersebut merokok dan mengaku dgn ibuku bahawa pernah berkahwin dgn warga Malaysia dan tinggal di Malaysia lebih dari sepuluh tahun. Wah.....tipah tertipu makkk. Agen bebas kata  dia tak pernah datang. Mujurlah aku membayar RM6000 kepada agen menggunakan check. Jadi seawal pagi aku telah memindahkan wang dari akuan bank supaya check tersebut tidak dapat ditunaikan. Aku meminta agen memulangkan kembali check tersebut dan menyatakan hasrat utk memulangkan kembali bibik hampeh tersebut. Agen bersetuju dan meminta maaf berkali denganku.

Bibik ketiga namanya Danika, aku dapat melalui kawan abangku seorang ustaz di indonesia. Alhamdulillah, bibik yg ini baik akhlaknya. Namun, Allah mendugaku sekali lagi. Baru 2 minggu bibik bekerja, dia mengadu sakit dada dan mengaku sedang menerima rawatan di Indonesia. Ku bawa bibik berjumpa doktor. Melalui penerangan yg diberikan bibik, doktor mengesyaki bahawa bibik sedang menerima rawatan penyakit Tibi. Rupanya tanpa aku sedari bibik sedang menerima rawatan di Indonesia yg besar kemungkinan menurut doktor rawatan Tibi.  Namun bibik sendiri tidak mengetahui dia menerima rawatan tentang penyakit apa. Oh...bibik....naifnya kamu. Kawan abngku juga langsung tidak mengetahui masalah itu. Oleh kerana tidak mahu mengambl risiko, maka bibik tersebut ku hantar pulang ke Indonesia.

Setelah itu, bermulalah episod bibik-2 PATI bekerja dirumahku. Ku rasakan rumahku dah macam agensi pembantu rumah. Bibik PATI silih berganti, bibik Rosmi, bibik Enny, bibik Lilis, bibik Ani, dan beberapa lagi bibik yg aku dah tak ingat namanya.  Adakalanya aku rasa aku tak mampu menahan perasaan lagi. Kerap kali aku menangis sepanjang perjalanan ke tempat kerja dari Putrjaya ke Shah Alam. Hingga kadang-2 terfikir saja untuk berhenti. Mujur juga aku ada ibu mertua yg membantu memantau bibik-2 PATI dirumahku. Boss juga memahami keadaanku. Ku tabahkan hati, ku teruskan perjuangan untuk bekerja.

Sebulan setelah bibik ketiga dihantar pulang, akhirnya dapat pula seorang lagi bibik dari Indonesia atas bantuan seorang ustaz di Indonesia. Pernah bekerja di negara Arab. Alhamdulillah, kali ini, akhlaknya baik. Maka kerjalah bibik bernama Roheini yg berusia 34 thn ini denganku. Setelah sebulan bekerja, bibik Sasi yg mengandung tu, kembali menghubungi aku. Dia mahu kembali bekerja. Huh....setelah seribu kepayahan ku lalui gara-2 dia, dia nak keje semula. Aku rasa macam dah serik. Tp sebab aku ni baik sgt, aku suruh dia bekerja dgn ibu mertuaku. Tp beberapa minggu bekerja dgn ibu mertua, bibik sasi mengirim sms mahu bekerja denganku juga. Aduss.....susah juga bila jadi org yg susah nak say "NO" ni yer. Akhirnya, bibik bertukar majikan. Bibik sasi kembali bekerja denganku, bibik Roheini bekerja dengan ibu mertuaku. Namun begitu permit kedua-2nya atas nama suamiku.

2 bulan pertama bekerja, bibik sasi mmg o.k. Kejenya mmg tip top. Tp masuk bulan ke-3 dia dah start mintak cuti jer. Ada je alasan dia. Kadang-2 hampir setiap minggu. Wah....ini sudah melampau. Aku dah makan hati berulam jantung ni. Hinggalah pada satu hari, dia mintak izin nak kerja semula dgn ibu mertuaku atas alasan dia ingin istirehat. Tukang urut kata rahimnya jatuh kerna kerja kuat. Kerja dirumah ibu mertuaku senang, tak perlu jaga anak kecil. Aikkkkk.....dulu ko jugak yg beria-2 nak keje semula dgn aku. Suka ati dia jer yer nak tukar-2. Kali ini aku tidak mengatakan YES sebaliknya ku katakan. " Dulu kamu juga yg mahu kembali bekerja dengan saya. Sekarang kamu mau tukar lagi. Kamu perlu tanya persetujuan Roheini jika mau tukar, dan gaji kamu tidak lagi RM600, tp RM500 jika bekerja dgn ibu mertuaku dan kamu juga perlu menjaga seorang cucu ibu mertuaku yg OKU kerna selama ini Roheini yg menjaganya". Dia terdiam dan akhirnya membatalkan hasrat utk bertukar majikan.

Namun begitu ku perhatikan bibik semakin malas. Asal aku balik keje, mesti dia tgh terbaring kat ruang tamu
menonton sinetron Anugerah. Perghhhhh.....dah macam "Mam" beb. Tp aku hanya perhatikan saja, tanpa sepatah kata, apatah lagi nak marah. Hinggalah di suatu petang Sabtu, ketika aku dlm perjalan pulang dari Perak, bibik menalifon nak bercuti sbb nak masukkan duit sebanyak RM3000 ke indonesia. Keluarganya masuk rumah sakit dan berjanji akan pulang  pada jam 9.00 pagi esok harinya. Aku mula curiga. Aku membenarkan dia cuti, tp gajinya hanya ku beri RM50 shj, bakinya aku berjanji akan menyerahkannya keesokan hari. Dia kelihatan tidak gembira. Pasportnya juga tidak ku beri. pandai-2 lar kalau kena tangkap dgn polisi.

Telahanku benar. Keesokannya, bibik tidak pulang. Berkali-kali ku cuba hubungi dia, handphonenya ditutup. Sehingga petang aku masih tidak dapat menghubungi dia. Sahhhh!!!! dia lari sekali lagi. Buktinya, semua baju  di biliknya telah tiada. Wah....wah...wah....tipah tertipu lagi makkkk. Kali ini, aku dah tak kisah bibik tu lari sbb bibik Roheini ada sbg back up. Dan akhirnya bibik Roheini kembali bekerja denganku. Sungguh berliku kan perjalanan hidup dgn bibik hampeh ni. Kalau anak-2 dah besar, tobat aku tak hingin berbibik lagi.

3 minggu setelah lari dari rumahku, handphone anakku Putri Anis menerima satu panggilan yg tidak dikenali. Aku sgt hairan sbb nombor handphone si Putri Anis hanya diketahui olehku, suami dan 2 org kawan si Putri. Ku cuba menghubungi nombor itu kembali. Di corong telefon ku dengar suara si bibik sasi hampeh. Rupanya dia dah tukar nombor, tp ada hati nak call Putri ku. Di hari yg sama rupanya bibik sasi menghubungi kakak iparku. Mengaku yg dia tidak lagi bekerja dgnku. Bila ditanya kenapa tak diberitahu kepadaku, jawapan sungguh tak cerdik. Belum sempat nak bg tau katanya. Tp yg memusykilkan aku kenapa dia call kakak iparku dan dari mana dia tahu nombor handphone kakak iparku. Pikir punya pikir, aku temui jawapnnya....dia lari membawa handphone lamaku. Kat Handphone tu semua contact numberku ada. Malah gambar-2 aku pun masih ada di telefon tu. Dan aku dapat jangkakan sesuatu.........Bibik,,,,kau tunggu!!! kali ini aku tidak maaf kamu!!!!! I'VE  GOT YOU!!!!!WATCH OUT!!!