Friday, August 30, 2013

Muffin Pisang Sedap dan Gebu


Muffin ni aku buat tanpa dirancang. Balik keje namapk pisang dah masak sgt. Kalau makan macam tu jer kompem tak sedap sebab dah lembik. Untuk tidak membazirkan pisang tu aku godek-2 resepi muffin pisang kat internet dan terjadilah muffin pisang yang sedap dan gebuss ini. Tp kalau dilihat gambarnya...kenapa warna camtu e'k? Sebabnya aku pakai gula perang. Kalau pakai gula putih, rupanya tak seperti itu. Tp rasanya tetap wow...

Bahan-bahannya

1 1/2 tepung gandum
1 camca teh baking powder
1/3 camca teh garam halus
1 camca teh soda bikarbonat (aku guna 3/4 camca teh jer)
3 biji pisang emas (dilecek halus)
1 sudu besar mayonis
1 biji telur gred B
esen pisang (tak letak pun tak per)
3/4 cawan gula halus (saya guna gula perang dan kurangkan sedikit kuantitinya kpd 1/2 cawan
1/3 cawan mentega dicairkan (aku guna minyak jagung)

Cara-caranya:

1.Panaskan oven pada suhu 170' celcius (kepanasan oven ni ikut peel oven masing-masing yer)
2.Satukan gula, telur dan mayonis dan gaul sebati.
3. Masukkan pisang, mentega yang telah dicairkan dan esen pisang.
4.Masukkan tepung yg telah diayak bersama baking powder dan soda bikarbonat. Gaul pantas, jgn lama-2. bagi adunan sebati jer.
5. Pastu, masukkan adunan dalam paper cup 3/4 penuh dan bakolah didalam oven itewww. Saya bako selama 20 minit jer.

Agar-agar coklat orea sedapppppnyeee...


Hehehehe...baca tajuk mmg tak boleh blah betul. Tapi siryes mmg sedap kata ko. Agar-agar ni aku buat untuk anakanda Sofia bawak ke sekolah buat jamuan hari raya. Menurut testimoni ustazahnya..."Bestnya....nak mintak resepi boleh?". Boleh aje....Aku ni cilok resepi ni dari internet je. Kalau nak harapkan aku punya resepi mmg tak blh harap lar sbb aku ni kalau nak masak yg tak biasa aku buat mmg sambil masak sambil belek resepi kat internet. Hokkey....ini resepinya untuk rujukan aku dilain kali:

BAHAN-BAHAN

1bungkus agar-agar/10gram serbuk jelly 
750ml air 
170 gula (aku guna 140gram sahaja)
1 tin susu cair 400g
3/4 cawan Serbuk milo
1 bungkus Oreo 137g (patahkan tapi, lapisan krim jangan diasingkan)

CARA MENYEDIAKAN

  1. Panaskan agar-agar bersama air hingga agar-agar larut, kemudian masukkan gula, kacau  dan biarkan gula larut baru masukkan susu cair hingga mendidih, kacau betul-betul.
  2. Asingkan 2 cawan ke dalam periuk yang lain dan campurkan serbuk milo, kacau hingga sebati.
  3. Tuangkan 1 cawan campuran milo ke dalam loyang/acuan. Masa ini api untuk periuk Milo dikecilkan dan sentiasa di kacau untuk elak agar2 membeku.
  4. Apabila permukaan agar-agar milo dalam acuan sudah mengeras, tuangkan kesemua adunan periuk yang asli (warna putih) dalam acuan. Taburkan kesemua oreo. Apabila permukaan agar-agar putih + oreo mengeras, diakhirkan dengan lebihan agar-agar milo.
  5. Biarkan membeku dalam suhu bilik, kemudian bila sejuk baru masukkan dalam peti ais

Tuesday, August 27, 2013

Muffin Coklat Moist Sedap dan Gebu


Alkisahnya, anakanda Putri Anis minta saya buatkan sesuatu untuk dibawa ke jamuan hari raya sekolah agamanya. Biasanya, tahun-2 sebelumnya, saya mmg tak sempat, ditambah lagi tak rajin nak buat kuih maka saya hanya membeli biskut raya di mydin atau carefour je. Tp kali ni terrrrajin pulak nak buat sesuatu. Pikir punya pikir, akhirnya saya dapat idea untuk buat muffin coklat. Lagipun bahan-bahan lebihan buat kuih raya ari tu masih banyak. Oleh itu, saya pun dgn gigih menggoogle resepi di internet dan akhirnya jumpalah resepi ini dari sebuah blog. Apa pun tengkiu kepada tuan punya blog kerana berkongsi resepi.


Bahan-bahannya:

A
 2 cawan tepung gandum
1 1/4 cawan serbuk koko (Saya letak 1 cawan)
2 sudu kecil baking powder
2 sudu kecil soda bikarbonate
3 sudu teh nescafe
sedikit garam

B
 2 cawan gula kastor  (Saya kurangkan sikit)
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair (atau susu segar)
3 biji telur
1-2 sb oren sunquick 

C
 3/4 cawan air panas

Campurkan semua bahan-bahan B dan letak ketepi. Ayakkan tepung bersama serbuk koko, baking powder dan soda dan campurkan semua bahan A di dalam mangkuk besar. Masukkan bahan B ke dalam A dan kacau rata. Kemudian akhir sekali masukkan air panas ke dalam adunan tadi dan gaul rata.

* Tip membuat muffin yang saya google dari beberapa blogger masakan:

1. Pastikan jgn over mix bahan-2. Gaul-2kan bahan A+B+C dgn spatula sekejap je dalam seminit.
2. Sebelum membaking, panaskan oven terlebih dahulu. Kalau idok, muffin akan naik senget benget.
3. 10 minit pertama, guna oven api atas bawah, pastu guna api bawah sahaja. Yg ni kena pandai adjust dan agak mengikut perangai oven masing-masing yer...

Monday, August 5, 2013

AKU DAN RAMADHAN

Sedar tak sedar 27 ramadhan hampir berlalu. Syukur tidak terhingga ku panjatkan kepada Ilahi kerana dengan keizinannya aku berpuasa penuh tahun ni, In Sha Allah. Tahun ni merupakan kali kedua aku berpuasa dalam keadaan berbadan dua. Kali pertama kira-kira 3 tahun yang lepas ketika aku mengandungkan Zikri. 

Mulanya aku sedikit gusar bimbang jika tak mampu berpuasa tahun ni. Masakan tidak, 2 bulan sebelum puasa aku mengalami alahan yang sangat-2 teruk. Aku rasa macam nak mati. Badan terlalu lemah dan tak bermaya. Sebarang makanan tak lalu ku telan. Apa yang masuk ke perutku semuanya dimuntahkan keluar. Namun, seminggu menjelang puasa, aku telah mula makan nasi dan Allah kembalikan kesihatan sedikit demi sedikit sehinggalah ramadhan hampir berlalu. 

Walaupun badan terasa penat dan hampir setiap hari aku dehydrate kerana terlalu banyak berludah gara-gara air liur yang terlalu banyak keluar, Allah beri kekuatan kepadaku untuk memasak setiap hari tanpa gagal dengan bermacam-macam resepi. Tugasan di pejabat pun dapat dilaksanakan dengan lancar. Seawal 6.30 pagi aku bertolak dari rumah di Putrajaya, meluncur laju di highway elite menuju ke UiTM Shah Alam. Biasanya sampai di rumah jam 5.30 petang. Sempat aku memasak 2,3 jenis masakan. Belum pernah sekali membeli di pasar ramadhan. Walaupun adakalanya sambil memasak aku berhenti seketika untuk baring sbb badan terlalu penat, namun tugas memasak dapat ku laksanakan dengan jayanya. Gembira melihat suami dan anak-anak makan dengan berselera pada waktu berbuka puasa.

Syukur ya Allah atas kekuatan yang engkau berikan. Semoga kekuatan ini berterusan dan kesihatanku semakin baik dari hari ke hari sehingga aku melahirkan. Moga juga anak dalam kandungan ini sihat dan sempurna tubuh badannya, pintar dan soleh dan dilahirkan dengan selamat bulan Disember nanti. In Sha Allah....