Hehehehe...baca tajuk mmg tak boleh blah betul. Tapi siryes mmg sedap kata ko. Agar-agar ni aku buat untuk anakanda Sofia bawak ke sekolah buat jamuan hari raya. Menurut testimoni ustazahnya..."Bestnya....nak mintak resepi boleh?". Boleh aje....Aku ni cilok resepi ni dari internet je. Kalau nak harapkan aku punya resepi mmg tak blh harap lar sbb aku ni kalau nak masak yg tak biasa aku buat mmg sambil masak sambil belek resepi kat internet. Hokkey....ini resepinya untuk rujukan aku dilain kali:
BAHAN-BAHAN
1bungkus agar-agar/10gram serbuk jelly
750ml air
170 gula (aku guna 140gram sahaja)
1 tin susu cair 400g
3/4 cawan Serbuk milo
1 bungkus Oreo 137g (patahkan tapi, lapisan krim jangan diasingkan)
CARA MENYEDIAKAN
- Panaskan agar-agar bersama air hingga agar-agar larut, kemudian masukkan gula, kacau dan biarkan gula larut baru masukkan susu cair hingga mendidih, kacau betul-betul.
- Asingkan 2 cawan ke dalam periuk yang lain dan campurkan serbuk milo, kacau hingga sebati.
- Tuangkan 1 cawan campuran milo ke dalam loyang/acuan. Masa ini api untuk periuk Milo dikecilkan dan sentiasa di kacau untuk elak agar2 membeku.
- Apabila permukaan agar-agar milo dalam acuan sudah mengeras, tuangkan kesemua adunan periuk yang asli (warna putih) dalam acuan. Taburkan kesemua oreo. Apabila permukaan agar-agar putih + oreo mengeras, diakhirkan dengan lebihan agar-agar milo.
- Biarkan membeku dalam suhu bilik, kemudian bila sejuk baru masukkan dalam peti ais
No comments:
Post a Comment