Hari ni nak share tentang tip merapatkan hubungan suami isteri terutama untuk sang suami, bukan sang harimau .....
- Bila saja anda pulang ke rumah, carilah dia dahulu sebelum anda lakukan perkara lain dan peluklah dia.
- Tawarkan bantuan kepadanya bila dia merasa penat dan letih
- Sekiranya anda terlewat, jangan lupa untuk menelefon dia dan memberitahu dia tentang hal itu.
- Pada masa dia mahu berbincang dengan anda, letakkan buku, majalah atau akhbar yang sedang baca dan tutup TV atau komputer. Berikan perhatian sepenuhnya.
- Bila anda hendak keluar rumah, tanya dia adakah barang yang patut dibeli, dan jangan lupa pula membelinya.
- Bentengi diri anda untuk menyelesaikan masalahnya, tapi tunjukkan sifat memahami anda.
- Jika pada suatu malam, dia merasa letih atau terlalu sibuk untuk memasak, tawarkan diri anda untuk memasak pula.
- Selalulah memujinya dari segi kecantikan dan keanggunan rupa parasnya.
- Beritahu padanya bila anda mahu tidur atau keluar.
- Berikan dia lima kali pelukan setiap hari.Satu, waktu subuh, satu zohor, satu asar, maghrib dan isya'.Jika tidak berkesempatan, himpunkan dua atau tiga pelukan pada waktu yang terluang.
- Katakan "Aku Cinta Padamu" sekurang-kurangnya sekali sehari.
- Jadikan tabiat merangkulnya dan mengasihinya yang bukan bertujuan untuk jima'.
- Sabarlah bila dia mahu berkongsi pendapat dengan anda. Jangan mengalihkan pandangan anda pada benda lain, atau melihat jam.
- Tunjukkan kasih sayang anda ketika bersamanya walaupun di kahalayak ramai.
- Sarankan beberapa restoran yang baik, jangan bebankan padanya untuk menentukan di mana hendak makan.
- solat bersama dan berdoa bersama.
- Ketawalah pada jenaka dan senda guraunya.
- Rancanglah untuk makan angin bersamanya.
- Bila anda berjauhan darinya, beritahu padanya bahawa anda rindu padanya.
- Perhatikan bagaimanakah perasaannya dan berikan komen yang menunjukkan anda ambil berat seperti " Awak nampaknya gembira hari ini" dan kalau boleh tanya sebabnya agar anda tahu apa yang yang menggembirakannya atau yang sebaliknya.
Ramai lelaki menganggap perkara penting bila bersama wanita adalah melakukan perkara-perkara besar sahaja tapi sebenarnya yang akan memenangi hati wanita ialah bila lelaki melakukan hal-hal kecil untuk membantu dan menunjukkan anda mengambil berat padanya.
No comments:
Post a Comment