Tuesday, October 15, 2013

Resepi Apam Tepung Gandum/ Apam Gula Perang/ Apam Kampung



Macam-2 nama apam ni. Aku panggil apam je.  Tp rasanya totap sama. Ni lah apam kegemaran aku. Cicah dengan kelapa, diiringi dengan kopi panas, perrghhhhh...mmg tak hingat donia dah. Masa aku kecik-2 dulu, mak selalu jugak buat. Bila aku dah beranak pinak ni, dah tak merasa apam buatan mak. Membuatnya sgt mudah. Rasanya cukup kena dgn tekak orang kampung macam aku. First time aku buat, apamnya melimpah keluar sbb muatan apam terlebih dalam loyang. Kali ni guna loyang yang lebih besar. Meh kita tgj resepinya:


Bahan2 (loyang 10x10x3)

4 1/4 cwn  tepung gandum
1/2 cwn  gula perang
1/4 cwn  gula pasir
2 1/2 cwn air
1 peket   yis (mauripan)
secubit garam (opt)
Kelapa parut putih yang dikukus dan dicampurkan sedikit dgn garam utk dimakan bersama apam

Cara2

1.Sapu sekeliling loyang dgn minyak
2.Bancuh yis bersama2 dgn 1/2 cawan air dan ketepikan
3.Gaulkan tepung dan gula bersama2 dan tuangkan bancuhan yis bersama2 2 cwn air ke dlm adunan tepung
4.Kacau hingga sebati , licin dan x berbintil menggunakan handwhisk
5.Tuangkan adunan ke dlm loyang dan biarkan ianya naik 2 x ganda selama lebih kurang 45 minit hingga 1 jam
6.Panaskan kukusan dan kukus selamat 30 - 45 minit
7.Biarkan apam menjadi sejuk sebelum dikeluarkan dari loyang
8.Potonglah apam mengikut bentuk yg anda inginkan dan sedap dihidang bersama2 kelapa parut kukus.

Monday, October 14, 2013

Resepi Nasi Ayam Wow Sedappnyeee...



Dah lama teringin mencuba untuk masak nasi ayam. Sebelum ni pernah masak kat rumah mak mertua tp buat main agak-2 jer. Janji jadi nasi ayam. Kali ni aku nak cuba buat yang ada wow factor. Sekali makan pasti nak lagi dan lagi dan lagi. Setelah membuat beberapa penelitian, akhirnya aku memilih untuk mencuba resepi Nasi Ayam paling Sedap dari blogger masakan yang terkenal Puan Azie.

Alhamdulillah, Nasi Ayamku menjadi pojaaaan hati anak-2. Encik husband yang pada mulanya agak ragu-ragu tentang kesedapannya pun telah menambah dua kali nasi ayam ni. Dan testimoni dari en. husband berbunyi " Nasi ayam ni lagi sedap dari nasi ayam kat gerai nasi ayam kat kedai depan tu. Bolehlah kalau nak berniaga nasi ayam ni."Huhuhuhu.....maknanya memang sedap lettew.

Bahan-bahan lauk Ayam:

1 ekor ayam
1 inci halia
3 biji bawang putih
5 biji bawang merah

bahan perap:

Sos tiram
Kicap cair
Kicap manis
Madu
Minyak bijan

1. Kisar halia, bawang putih & bawang merah dan perap ayam dgn bahan-2 tersebut selama 30 minit.
2. Didihkan air di dalam periuk dan rebus ayam sehingga separuh masak.
3. Perap ayam dgn bahan-2 perap selama 1 jam
4. Goreng ayam secara deep fry atau panggang.

(Ayam jgn dipotong biarkan seekor atau potong 2. Setelah digoreng atau panggang barulah dipotong)

Bahan-bahan Nasi Ayam

Beras Wangi
Mentega
5 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 inci halia
3 helai daun pandan
1 helai daun salam
1 senduk susu full cream
serbuk ayam
garam
gula rempah penumis: buah pelaga, bunga lawang & kulit kayu manis
Air rebusan ayam

1. Basuh beras wangi, toskan dan letakkan dalam rice cooker.
2. Tumiskan bawang merah, bawang putih, halia dan masukkan daun pandan dan daun salam dgn menggunakan mentega.
3. Setelah naik bau, masukkan air rebusan ayam, susu full cream, garam gula & serbuk ayam sesedap rasa.
4. Biarkan mendidih dan setelah mendidih masukkan ke dalam rice cooker yang mengandungi beras. Jika air tak cukup, tambah air biasa. Masak seperti biasa.

Sambal Cili

5 biji cili merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil cuka/ air limau kasturi
1/2 cawan air rebusan ayam

1. Blend cili merah, bawang putih dan halia.
2. Masukkan ke dalam kuali dan masukkan garam, gula, cuka/ air limau kasturi & air rebusan ayam.
3. Masak dgn api sehingga likat.

Sambal kicap:

Air kicap hasil perapan ayam tadi dimasak dalam kuali sehingga mendidih.

Kuah Sup

Air rebusan ayam
Kubis jeruk
Garam
Gula
Serbuk Ayam
daun bawang
Daun sup
bawang goreng

1. Campur semua bahan-2 ke dalam air rebusan ayam sehingga mendidih.
2. Setelah mendidih masukkan daun bawang, daun sup dan bawang goreng





Resepi Muffin Pandan Memikat Rasa



Tetiba tekak rasa nak makan muffin pandan. So, cam biasalah, bertanya kepada makcik google bg mendapatkan resepi muffin pandan terbaik. hasilnya mmg tidak mengecewakan. Rasanya sedap dan rupanya gebu sekali. Sekali rasa pasti nak lagi. Dicatatkan resepinya untuk rujukan dilain kali.

Bahan-Bahan:

200g tepung gandum
1 1/2 sk baking powder
1/2 sk soda bikarbonat
1/2 sk garam halus
100g gula castor
200ml santan
100ml minyak jagung
2 biji telur
1/2 sk pandan essence
1 sk pandan paste ( kalau tak ada boleh blend 5-7 helai daun pandan bersama 200ml santan dan tapiskan.

Cara-caranya:

1. Panaskan oven pada suhu 190 darj cel. Sediakan loyang muffin dan paperliners. 

2. Ayak tepung, baking powder, soda bikabonat dan garam halus. Masukkan ke dalamsebuah mangkuk besar. Campurkan gula halus dan kacau rata menggunakan whisker. 

3. Campurkan ke semua bahan basah ke bahan kering. Kaup balikkan sekadar kesemuabahan bercampur. Adunan akan kelihatan seakan berketul2 sedikit (lumpy). 

4. Isikan adunan ke dalam paperliners dan taburkan kepingan almond di atasnya. 

5. Bakar selama 20minit (170c)

Friday, August 30, 2013

Muffin Pisang Sedap dan Gebu


Muffin ni aku buat tanpa dirancang. Balik keje namapk pisang dah masak sgt. Kalau makan macam tu jer kompem tak sedap sebab dah lembik. Untuk tidak membazirkan pisang tu aku godek-2 resepi muffin pisang kat internet dan terjadilah muffin pisang yang sedap dan gebuss ini. Tp kalau dilihat gambarnya...kenapa warna camtu e'k? Sebabnya aku pakai gula perang. Kalau pakai gula putih, rupanya tak seperti itu. Tp rasanya tetap wow...

Bahan-bahannya

1 1/2 tepung gandum
1 camca teh baking powder
1/3 camca teh garam halus
1 camca teh soda bikarbonat (aku guna 3/4 camca teh jer)
3 biji pisang emas (dilecek halus)
1 sudu besar mayonis
1 biji telur gred B
esen pisang (tak letak pun tak per)
3/4 cawan gula halus (saya guna gula perang dan kurangkan sedikit kuantitinya kpd 1/2 cawan
1/3 cawan mentega dicairkan (aku guna minyak jagung)

Cara-caranya:

1.Panaskan oven pada suhu 170' celcius (kepanasan oven ni ikut peel oven masing-masing yer)
2.Satukan gula, telur dan mayonis dan gaul sebati.
3. Masukkan pisang, mentega yang telah dicairkan dan esen pisang.
4.Masukkan tepung yg telah diayak bersama baking powder dan soda bikarbonat. Gaul pantas, jgn lama-2. bagi adunan sebati jer.
5. Pastu, masukkan adunan dalam paper cup 3/4 penuh dan bakolah didalam oven itewww. Saya bako selama 20 minit jer.

Agar-agar coklat orea sedapppppnyeee...


Hehehehe...baca tajuk mmg tak boleh blah betul. Tapi siryes mmg sedap kata ko. Agar-agar ni aku buat untuk anakanda Sofia bawak ke sekolah buat jamuan hari raya. Menurut testimoni ustazahnya..."Bestnya....nak mintak resepi boleh?". Boleh aje....Aku ni cilok resepi ni dari internet je. Kalau nak harapkan aku punya resepi mmg tak blh harap lar sbb aku ni kalau nak masak yg tak biasa aku buat mmg sambil masak sambil belek resepi kat internet. Hokkey....ini resepinya untuk rujukan aku dilain kali:

BAHAN-BAHAN

1bungkus agar-agar/10gram serbuk jelly 
750ml air 
170 gula (aku guna 140gram sahaja)
1 tin susu cair 400g
3/4 cawan Serbuk milo
1 bungkus Oreo 137g (patahkan tapi, lapisan krim jangan diasingkan)

CARA MENYEDIAKAN

  1. Panaskan agar-agar bersama air hingga agar-agar larut, kemudian masukkan gula, kacau  dan biarkan gula larut baru masukkan susu cair hingga mendidih, kacau betul-betul.
  2. Asingkan 2 cawan ke dalam periuk yang lain dan campurkan serbuk milo, kacau hingga sebati.
  3. Tuangkan 1 cawan campuran milo ke dalam loyang/acuan. Masa ini api untuk periuk Milo dikecilkan dan sentiasa di kacau untuk elak agar2 membeku.
  4. Apabila permukaan agar-agar milo dalam acuan sudah mengeras, tuangkan kesemua adunan periuk yang asli (warna putih) dalam acuan. Taburkan kesemua oreo. Apabila permukaan agar-agar putih + oreo mengeras, diakhirkan dengan lebihan agar-agar milo.
  5. Biarkan membeku dalam suhu bilik, kemudian bila sejuk baru masukkan dalam peti ais

Tuesday, August 27, 2013

Muffin Coklat Moist Sedap dan Gebu


Alkisahnya, anakanda Putri Anis minta saya buatkan sesuatu untuk dibawa ke jamuan hari raya sekolah agamanya. Biasanya, tahun-2 sebelumnya, saya mmg tak sempat, ditambah lagi tak rajin nak buat kuih maka saya hanya membeli biskut raya di mydin atau carefour je. Tp kali ni terrrrajin pulak nak buat sesuatu. Pikir punya pikir, akhirnya saya dapat idea untuk buat muffin coklat. Lagipun bahan-bahan lebihan buat kuih raya ari tu masih banyak. Oleh itu, saya pun dgn gigih menggoogle resepi di internet dan akhirnya jumpalah resepi ini dari sebuah blog. Apa pun tengkiu kepada tuan punya blog kerana berkongsi resepi.


Bahan-bahannya:

A
 2 cawan tepung gandum
1 1/4 cawan serbuk koko (Saya letak 1 cawan)
2 sudu kecil baking powder
2 sudu kecil soda bikarbonate
3 sudu teh nescafe
sedikit garam

B
 2 cawan gula kastor  (Saya kurangkan sikit)
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair (atau susu segar)
3 biji telur
1-2 sb oren sunquick 

C
 3/4 cawan air panas

Campurkan semua bahan-bahan B dan letak ketepi. Ayakkan tepung bersama serbuk koko, baking powder dan soda dan campurkan semua bahan A di dalam mangkuk besar. Masukkan bahan B ke dalam A dan kacau rata. Kemudian akhir sekali masukkan air panas ke dalam adunan tadi dan gaul rata.

* Tip membuat muffin yang saya google dari beberapa blogger masakan:

1. Pastikan jgn over mix bahan-2. Gaul-2kan bahan A+B+C dgn spatula sekejap je dalam seminit.
2. Sebelum membaking, panaskan oven terlebih dahulu. Kalau idok, muffin akan naik senget benget.
3. 10 minit pertama, guna oven api atas bawah, pastu guna api bawah sahaja. Yg ni kena pandai adjust dan agak mengikut perangai oven masing-masing yer...

Monday, August 5, 2013

AKU DAN RAMADHAN

Sedar tak sedar 27 ramadhan hampir berlalu. Syukur tidak terhingga ku panjatkan kepada Ilahi kerana dengan keizinannya aku berpuasa penuh tahun ni, In Sha Allah. Tahun ni merupakan kali kedua aku berpuasa dalam keadaan berbadan dua. Kali pertama kira-kira 3 tahun yang lepas ketika aku mengandungkan Zikri. 

Mulanya aku sedikit gusar bimbang jika tak mampu berpuasa tahun ni. Masakan tidak, 2 bulan sebelum puasa aku mengalami alahan yang sangat-2 teruk. Aku rasa macam nak mati. Badan terlalu lemah dan tak bermaya. Sebarang makanan tak lalu ku telan. Apa yang masuk ke perutku semuanya dimuntahkan keluar. Namun, seminggu menjelang puasa, aku telah mula makan nasi dan Allah kembalikan kesihatan sedikit demi sedikit sehinggalah ramadhan hampir berlalu. 

Walaupun badan terasa penat dan hampir setiap hari aku dehydrate kerana terlalu banyak berludah gara-gara air liur yang terlalu banyak keluar, Allah beri kekuatan kepadaku untuk memasak setiap hari tanpa gagal dengan bermacam-macam resepi. Tugasan di pejabat pun dapat dilaksanakan dengan lancar. Seawal 6.30 pagi aku bertolak dari rumah di Putrajaya, meluncur laju di highway elite menuju ke UiTM Shah Alam. Biasanya sampai di rumah jam 5.30 petang. Sempat aku memasak 2,3 jenis masakan. Belum pernah sekali membeli di pasar ramadhan. Walaupun adakalanya sambil memasak aku berhenti seketika untuk baring sbb badan terlalu penat, namun tugas memasak dapat ku laksanakan dengan jayanya. Gembira melihat suami dan anak-anak makan dengan berselera pada waktu berbuka puasa.

Syukur ya Allah atas kekuatan yang engkau berikan. Semoga kekuatan ini berterusan dan kesihatanku semakin baik dari hari ke hari sehingga aku melahirkan. Moga juga anak dalam kandungan ini sihat dan sempurna tubuh badannya, pintar dan soleh dan dilahirkan dengan selamat bulan Disember nanti. In Sha Allah....

Friday, April 5, 2013

KHAS BUAT ENCIK SUAMI: TIP MENGERAT HUBUNGAN SUAMI ISTERI


Hari ni nak share tentang tip merapatkan hubungan suami isteri terutama untuk sang suami, bukan sang harimau .....



  1. Bila saja anda pulang ke rumah, carilah dia dahulu sebelum anda lakukan perkara lain dan peluklah dia.
  2. Tawarkan bantuan kepadanya bila dia merasa penat dan letih
  3. Sekiranya anda terlewat, jangan lupa untuk menelefon dia dan memberitahu dia tentang hal itu.
  4. Pada masa dia mahu berbincang dengan anda, letakkan buku, majalah atau akhbar yang sedang baca dan tutup TV atau komputer. Berikan perhatian sepenuhnya.
  5. Bila anda hendak keluar rumah, tanya dia adakah barang yang patut dibeli, dan jangan lupa pula membelinya.
  6. Bentengi diri anda untuk menyelesaikan masalahnya, tapi tunjukkan sifat memahami anda.
  7. Jika pada suatu malam, dia merasa letih atau terlalu sibuk untuk memasak, tawarkan diri anda untuk memasak pula.
  8. Selalulah memujinya dari segi kecantikan dan keanggunan rupa parasnya.
  9. Beritahu padanya bila anda mahu tidur atau keluar.
  10. Berikan dia lima kali pelukan setiap hari.Satu, waktu subuh, satu zohor, satu asar, maghrib dan isya'.Jika tidak berkesempatan, himpunkan dua atau tiga pelukan pada waktu yang terluang.
  11. Katakan "Aku Cinta Padamu" sekurang-kurangnya sekali sehari.
  12. Jadikan tabiat merangkulnya dan mengasihinya yang bukan bertujuan untuk jima'.
  13. Sabarlah bila dia mahu berkongsi pendapat dengan anda. Jangan mengalihkan pandangan anda pada benda lain, atau melihat jam.
  14. Tunjukkan kasih sayang anda ketika bersamanya walaupun di kahalayak ramai.
  15. Sarankan beberapa restoran yang baik, jangan bebankan padanya untuk menentukan di mana hendak makan.
  16. solat bersama dan berdoa bersama.
  17. Ketawalah pada jenaka dan senda guraunya.
  18. Rancanglah untuk makan angin bersamanya.
  19. Bila anda berjauhan darinya, beritahu padanya bahawa anda rindu padanya.
  20. Perhatikan bagaimanakah perasaannya dan berikan komen yang menunjukkan anda ambil berat seperti " Awak nampaknya gembira hari ini" dan kalau boleh tanya sebabnya agar anda tahu apa yang yang menggembirakannya atau yang sebaliknya.
Ramai lelaki menganggap perkara penting bila bersama wanita adalah melakukan perkara-perkara besar sahaja tapi sebenarnya yang akan memenangi hati wanita ialah bila lelaki melakukan hal-hal kecil  untuk membantu dan menunjukkan anda mengambil berat padanya.

Thursday, April 4, 2013

ALLAH TAHU APA YANG TERBAIK UNTUK KITA


Terjumpa cerita ni yang bagi aku cukup menarik dan memberi keinsafan pada diri. Jom kita baca.....

Adat orang berniaga, pasti ada rugi, pasti juga ada untungnya. Namun jika rugi, bukan alasan untuk kita mengeluh kepada Allah, akan tetapi sentiasalah berdoa agar kita sentiasa diperbanyakkan rezeki dari Allah. Kisah yang berkisarkan tentang penjual tempe ini, wajahnya sedih kerana tempe yang dibuat langsung tidak menjadi, dan tidak laku ketika dijual di pasar. Memang secara logiknya, memang tiada siapa yang akan membeli tempe yang belum siap dimasak bukan. Jom ikuti bagaimana pengakhiran kisah ini
Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Di situ ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.
Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi. Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah memang kesemuanya belum masak lagi.
Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu.Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Tuhan yang menyatakan bahawa Tuhan dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagi Tuhan tiada yang mustahil.
Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa , “Tuhan , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin
Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Tuhan pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.
Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Tuhan. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. “Tuhan, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantulah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin”.
Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul.
Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak. Dia berfikir mungkin keajaiban Tuhan akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar.
Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. “Tuhan, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin”. Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya.
Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia punmembuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam.
Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Tuhan kerana doanya tidak dikabulkan. Dia berasakan Tuhan tidak adil.Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi.
Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang.Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Tuhan, pasti Tuhan akan menolongnya.
Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, “Tuhan, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini.”
Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita.”Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi.”
Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya”Tuhan, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin”.
Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Tuhan. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu.
Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, “Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?” Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.
Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan…
Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.
Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.

Tuesday, April 2, 2013

DONUT GEBU KATA KO....

Donut Gebuss Kegemaran Za'im


Alkisahnya, anakanda aku yg nombor 3 Muhammad Adib Za'im suka bebenor makan donut. Sampai jer kat umah, dia mintak donut. Huk alah.....badan punyalah penat, tp bila anak mintak nak makan tu cair juga hati waja aku nih. Dgn masih berbaju kerja, mandi pun belum, maka aku menguli tepung dengan gagahnya untuk membuat donut kegemaran anakanda. Tp setiap kali nak buat donut, tiap kali tu jugak lah aku menggoogle resepi. Next taim aku maleh dah nak google lagi. Maka aku catatkan disini resepi donut gebus itusss,.....


Bahan-2

500gram tepung gandum
2 sudu marjerin
3 sudu susu tepung
3 sudu gula
11gram mauripan
Air secukupnya

Cara-2nya

1. Kembangkan mauripan guna air suam.
2.Campur semua bahan-2, then masukkan mauripan. Uli sehingga lembut
3.Then, terapkan adunan menggunakan acuan donut.
4. Biarkan 5 minit atau sampai kembang.
5. Dah kembang tu, goreng le sehingga masak.

Sunday, February 24, 2013

Resepi Kulit Karipap Rangup

Resepi kulit karipap ni aku dapat melalui makcik google. Dah banyak kali buat karipap, resepi pastri yang ni paling aku suka. Utk rujukan akan datang, maka ku tuliskan resepinya disini.

500 gram tepung gandum
50 gram tepung ubi
50 gram tepung beras
2 sudu marjerin (dipanaskan)
1/4 cawan minyak masak (dipanaskan)
air sejuk dari peti ais + ais
garam secukupnya

Campur semua bahan-2 dan uli sehingga menjadi doh.

Thursday, January 3, 2013

MUHAMMAD ADIB ZA'IM KE SEKOLAH





Alhamdulillah, hari ini bermulalah episod baru dalam hidup anakandaku Za'im. Dia ke pra sekolah buat kali pertama. Berbulan-bulan dah sebenarnya aku cuak dgn insiden yang bakal ku jangkakan akan berlaku di hari pertama persekolahan. Jangkaanku mmg benar belaka, nak pakai baju sekolah pun Za'im dah menangis. Ku cuba ku pujuk dia, akhirnya berjaya juga sampai ke sekolah. Unfortunately, tersilap hantar ke tmpt pelajar umur 5 thn yang dah lama bersekolah disitu.  Sepatutnya pelajar baru macam Za'im ditempatkan di sekolah yang berdekatan dengan rumahku. Fuh.....lega sikit satu perkara. Dekat dgn rumah, senang bibik nak hantar.

Sampai di sekolah, Za'im enggan turun dari kereta. Maka aku bermain tipu helah dgnnya. "Jom kita ambil kakak dgn abang kat sekolah tu". Dia pun agak laju menghala ke sekolah. Tp sebaik saja masuk ke dalam kelas, Za'im dah start nak berdukung. Dia merengek nak balik rumah, nak tido. Dia baring kat atas abah dan memejamkan mata. Ku katakan padanya kat sekolah ada game kereta dan angry bird. Baru dia bukak mata.  Huh..sebab pasal game, terang bijik mata. Perlahan-lahan tanpa Za'im sedar, ku tinggalkan dia bersama ustazah. Sebaik sedar ibu dan abah dah tak ada, maka meletuslah raungan Za'im memecah kesunyian. Hehehehe. Sebaik saja Za'im merasmikan acara meraung, maka beberapa org pelajar mula mengikut rentak lagu tangisan Za'im. Huhuhu....Maka, beramai-ramailah budak-budak tu menangis. Za'im ku tinggalkan seketika. Setengah jam kemudian, aku kembali mengitai Za'im di celah tingkap. Dia masih menangis teresak-esak. Beberapa org budak lain, ada yang masih meraung mencari mama. Lucu betul memerhatikan gelagat anak-anak kecil ini. Sebaik saja Za'im nampak kelibat ibu di tepi tingkap, dgn tidak semena-mena pitching tangisan Za'im menjadi semakin lantang. hehehehe...ini tak blh jadi ni. Kalau di tunggu makin menjadi pulak. Maka Za'im ku tinggalkan dgn harapan dia akan gembira bersama cikgu dan kawan-kawan barunya.

Menjelang pukul 12 tghhari, aku dah tak sabar nak tgk Za'im.  Alhamdulillah, sampai di sekolah Za'im dah tak menangis lagi. Lega hati ku melihat dia tidak menangis. Satu perkaa yag membuat aku happy bila ditanya " Za'im seronok tak sekolah?" Za'im jawab "Sonok!!" Moga Allah permudahkan urusan Zaim  ke sekolah utk hai-hari seterusnya. Amin.