Friday, June 8, 2007

Hidup satu pengembaraan

Yang paling dekat - Mati
Yang paling jauh - Masa
Yang paling besar - Hawa Nafsu
Yang paling berat - Amanah
Yang paling ringan - Tinggalkan solat
Yang paling tajam - Lidah

Konsep amanah dalam Islam ditekankan dan ianya perlu diserapkan ke dalam kehidupan sehari-harian , terutamanya dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah Allah dimuka bumi ini. "Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan Rasulnya dan janganlah kamu mengkhianati amanah-amanah kamu sedangkan kamu mengetahui".
Sifat amanah dalam kepimpinan yang ditunjukkan oleh Saidina Abu Bakar , Saidina Omar dan Omar Abdul Aziz di ketengahkan sebagai contoh; sedikit pun tidak digunakan harta kerajaan untuk kegunaan peribadi. Anggota sama-sama diseru untuk muhasabah diri sejauh mana kita dibandingkan dengan pemimpin agung tersebut. Ternyata amat jauh penghayatan kita mengenai amanah jika dibandingkan dengan tokoh-tokoh tersebut sedangkan apa yang kita makan dan memberi anak dan isteri kita makan jika dari punca yang haram akan dihitung kelak. Sehingga dalam penyediaan kertas kerja mengenai daya maju sesuatu projek pun pegawai yang terlibat perlulah melaksanakan tugas dengan penghayatan bahawa kita mengurus hak rakyat.