Sunday, January 5, 2014

Akhirnya AkuMengandung Lagi

Akhirnya aku mengandung buat kali ke-6 setelah kandungan ke-5 mengalami keguguran pada Jan 2011. Sebaik shj terlewat sehari kedatangan period, hati aku dah mula berdebar-debar. Instinct mengatakan aku mengandung. Namun ku pujuk hati supaya bersabar untuk buat prgnancy test. Masa kandungan yang ke-5 aku langsung tak ambil kisah bila period lewat. Sehinggalah selepas 3 bulan baru aku berjumpa doktor dan disahkan mengandung dan beberapa hari selepas itu aku keguguran.

Dah 4 hari period lewat dan aku semakin berdebar-debar. Pada 4 Mei 2013 aku beli pregnancy test di Watson. Dan sah.....aku positif mengandung. Gembira ada, susah hati pun ada. Susah hati bila mengenangkan saat2 9 bulan yang akan ku tempuh penuh dgn penderitaan dan keperitan. Kalau ikutkan hati, rasa tak sanggup nak menumpuh saat itu. Kalau boleh pengsankan aku selama 9 bulan pun aku sanggup.

11 Mei 2013 aku sudah mula merasakan penangan kehadiran si kecil. Tekak ku sudah mula rasa mual dan loya. Aku rasa tak berselera untuk makan, masak, malah tgk gambar makanan pun aku rasa nak muntah. Fuhhhhhh.....aku akan merasakan betapa lambatnya masa berlalu. Kali ini, mabuk kehamilan ku agak awal. Baru 5 minggu 5 hari aku dah rasa penangannya. Mungkinkah sikecil ini seorang gadis comel? Mudah-mudahan begitulah hendaknya. Lagi best kalau sikecil ni kembar. Wow.....walaupun mustahil ku rasakan...tapi siapa tahu kalau Allah nak bagi kan....kan...kan....

13 Mei 2013 hari pertama pergi kerja dgn rasa mual dan loya. Mujurnya aku berpuasa sunat hari ini, jadi tak perlu mengisi perutku. Namun, rasa tersiksa hanya Allah saja yang tau. Beberapa kali aku beruang alik ke bilik air kerana nak muntah. Oleh kerana aku berpuasa, maka hanya angin yang keluar. Tp badan terasa sgt lemah. Hinggakan boss aku pun perasan yang aku kelihatan sakit. Sesungguhnya boss aku mmg punya naluri yang sngt kuat, dia juga dapat menjangkakan aku mengandung.

Ya Allah, ku mohon padaMu, berilah aku kekuatan dan kesihatan sepanjang kehamilan ini. Ameen......

Minggu Ke-7

Minggu ni aku lalui dgn penuh keperitan. Bermula dari hari Isnin, keadaannya teruk. Hari selasa makin teruk. Aku berulang alik ke tandas kerana muntah. Segala yang ku makan habis ku muntahkan hingga badan menjadi semakin lemah. Kerisauan bersarang dihati apabila menjelang petang. Risau untuk memandu pulang dari office di Shah Alam ke Putrajaya. Satu jarak yang jauh bg aku yang sgt-2 lemah ketika ini. Namun, apakan daya, aku harus gagahkan diri. Sampai dirumah aku terus muntah dan muntah. Tekak langsung tidak berselera untuk menjamah makanan. Ketika tidur pun aku masih bangun untuk muntah dan muntah. Ya Allah....terseksanya hidup ku rasa. Esoknya, aku tak berdaya untuk bekerja.. Sepanjang hari dirumah, aku hanya berbaring dan hanya menelan beberapa sudu bubur nasi. Makanan lain langsung aku tak teringin. Jgnkan tgk makanan, tgk gambar dan iklan makanan kat TV pun aku rasa nak muntah. Ya Allah...aku benar-2 tak berdaya. Akhirnya buat pertama kali aku MC pada hari Rabu setelah sgt tidak berdaya untuk ke tempat kerja. Esoknya aku bekerja separuh hari kerana belum pun menjelang petang badanku sudah terasa sgt lemah. Bimbang pula tak berdaya untuk memandu pulang ke rumah. Mujur juga boss sgt memahami keadaan diriku. Sepanjang cuti aku langsung tak berdaya untuk bergerak ke sana sini. Bahkan nak bergerak dalam rumah pun aku terasa cukup lemah. Ya Allah, beratnya penderitaan ini. Aku nak mati agaknya. Hasratku mengambil cuti untuk membawa anak-2 pulang ke kampung terpaksa dibatalkan kerana keadaan diriki yg cukup lemah untuk memulakan perjalanan jauh. Kesian anak-2 kecewa kerana tak dapat pulang ke kampung

Minggu Ke 8

Semakin hari kurasakan badanku semakin lemah. Masakan tidak...sejak minggu lepas aku langsung tidak menjamah nasi. Beberapa sudu bubur yang masuk ke tekakku habis ku muntahkan. Akibatnya aku di tahan di wad Hospital Putrajaya kerana hyperem. Seksanya duduk hospital Tuhan saja yang tau. Dalam sehari 2 kali darahku diambil. Sudahlah terpaksa mengusung botol air kesana sini. Tidur pun pastinya tidak lena. Kalau blh aku tak mau masuk hospital lagi. Menjelang hari ketiga di Hospital keadaanku masih tidak berubah. Rasa loya dan mual menguasai diriku. Air liur sentiasa merembes keluar dari mulutku. Ya Allah, kenapalah ini terjadi, kilang air liur aku dah rosak agaknya. Sudah puas aku meludah....meludah dan meludah. Namun air liur terus merembes keluar. Dalam hati, aku merintih dan menangis. Ya Allah, hebatnya ujian Mu untuk kali ini. Rasa sangt-2 depress dan tak sanggup lagi menghadapi keadaan ini.

Minggu Ke 9

Aku masih diberi MC sehingga hari Selasa. Namun keadaan masih tidak berubah. Setiap hari aku hanya mampu terbaring lesu. Kesian anak-2. Adaku umpama tiada. Minggu ni cuma 3 hari aku bekerja. Dalam tempoh 3 hari ini, tiada satu saat pun aku rasa sihat. Bermula dari bangun tido, diikuti dengan muntah kuning yang pahit. Sepanjang memandu ke tempat keje, aku menadah plastik untuk meludah dan bersedia untk muntah. Bayangkan, sebelah tangan memegang stereng kereta, sebelah lagi memegang plastik muntah. Seksanya ku rasa hanya Allah saja yang tau. Pada hari jumaat, aku hampir pitam mendaki tangga di ofis. nafasku termengah-mengah, jantung berdegup kencang. ya Allah, risaunya hati untuk memandu pulang. Ku gagahkan diri memandang dalam keadaan diri yang ting tong. Sepanjang Sabtu dan Ahad, aku hanya mampu terbaring bertemankan baldi untuk meludah di tepi katil. Suami balik kampung pun aku tak ikut sbb badan terlalu lemah.

Minggu 10 - 12.

Ya Allah, beratnya hati untuk pegi kerja dalam keadaan diriku yang sangt tidak bermaya. Sampai di ofis, bermulalah upacara menadah air liur. hai lah....tak kering-2 air liur dalam mulut aku ni. Nak bercakap pun tak boleh. nak minum pun terasa mual. Akhirnya, aku tidak berdaya dan tertahan lagi. Aku mohon pada boss untuk menghabiskan cuti ku sehingga penghujung Jun. Alhamdulillah, boss memahami keadaan ku. Sebenarnya, aku kesian jugak dgn boss sbb kekurangan staf. dah ler kurang, aku pulak bermasalah macam ni.

Sepanjang bercuti ni aku hanya terbaring kat katil. Makan pun masih belum berselera. Tekakku hanya mampu menelan bubur nasi, mee goreng dan maggi tomyam. Itu pun banyak yang dimuntahkan. Ya Allah, terasa sangat tersiksa menanggung derita ini.

Masuk minggu ke 12, tekakku dah boleh menerima nasi. Muntah pun agak kurang. Namun masalah lain pulak yang timbul. Air liur ku keluar umpama paip yang bocor. Dalam seminit purata 7 - 8 kali aku meludah. Bayangkan, kalau dalam sejam beratus kali aku meludah. Kali ni dah tak boleh ludah dalam plastik, sbb stok plastik dah kehabisan. nampak gayanya terpaksa aku menyediakan bekas khas yang diusung ke sana ke mari untuk meludah. Di tepi katil pula ku sediakan sebuah baldi khusus untuk meludah. Bayangkan, pukul 8 malam aku dah baring untuk tidur, pukul 1-2 pagi baru aku tertidur setelah penat meludah...meludah dan terus meludah. Allah benar-2 menguji aku. Rasa macam tak sanggup lagi menghadapi ujian sebegini.

Minggu ke 13

Aku kembali bekerja setelah 14 hari bercuti. Ada yang ku rasa semakin baik, ada yang ku rasa semakin teruk. Semakin baik bila aku dah blh telan nasi. Semakin teruk bila aku terpaksa meludah purata 7-8 kali seminit. Keadaan ini benar-2 mengganggu kerjayaku. Mungkin Allah beri rezeki anak padaku tp dia nak tarik rezeki di tempat kerja sbb aku fikir kalau keadaan ini berterusan, aku perlu bercuti tanpa gaji. Rasa sgt tidak adil bila aku ke tempat kerja tp tak mampu menjalankan tugas dan kawan-2 terpaksa menggantikan aku tapi cukup bulan aku yang menerima gajinya. Sangat tidak patut dan tidak adil kan???

Minggu ke 14 - 23

Hari-hari ku lalui dengan meludah, dan meludah. Al- maklum lah.....mulutku yang umpama paip air yg bocor masih rancak merembeskan air liur. Mahu atau tidak, ketika bekerja dan di rumah aku terpaksa menadah air liur dalam bekas khas. Tak larat woooo nak berulang ke bilik air semata-mata nak berludah. Kalau jalan-2 dgn anak-2 ke shopping complex, pastinya aku membawa bekal plastik untuk berludah. Jenuh oooo.....

Minggu 23- 30

Alhamdulillah, rembesan air liur ku makin berkurang. Aku hampir tidak memerlukan bekas khas lagi untuk berludah. Syukur ku panjatkan pada Ilahi. Namun begitu, menjelang 26 minggu ke atas aku dah tak larat nak berjalan laju macam biasa. Belakang ku dah mula sakit-2. Pernah adakalanya aku tak boleh nak duduk atau berbaring gara-gara sakit di tulang belakang. Pergerakanku juga sudah agak terbatas. Perut ku juga sudah mula membesar. Kalau dibandingkan dgn kandungan yg lepas-2, perut ku agak besar utk kandungan ini. Masakan tidak, kalau sebelum ini aku masih boleh berbaju kurung hingga di saat melahirkan. Tp kali ni, dah tak blh menyarung baju kurung lagi. Aku hanya boelh memakai dress sbb kalau pakai baju kurung akan tersangkut kat perut. Buruk sgt  rupanya. Huhuhuhu...Namun begitu aku bersyukur pada Allah kerana masih mampu menyelesaikan tugasan-2 di pejabat, memasak setiap hari, malah aku mampu buat sarapan setiap hari untuk di bawa bekal ke tempat kerja.

Dugaan Di minggu ke 33 & 34 (Sembelit & Buasir)

Alkisahnya di minggu 33 aku hampir seminggu tak membuang air besar. Uih...mmg terasa cuak sbb takut susah nak buang. Jangkaan ku mmg tepat. Mmg susah giler nak membuang. Nak teran lebih-2 pun tak berani sbb takut terkeluar baby. 2,3 hari aku melalui keadaan yg sangat tidak selesa. Bila bangun terasa seperti nak buang air, tp bila masuk bilik air tak mo keluar pulak. Seksa sungguh wei, sampai nak berjalan pun tak boleh. Sehari sebelum menjelang minggu ke 34, akhirnya aku membuang juga. Tp sungguh tersiksa. Hampir sejam dlm bilik air dan terpaksa meneran sedaya upaya agar apa yg tak terbuang utk beberapa hari tu dikeluarkan. Fuh...bermandi peluh aku dibuatnya. Namun begitu, slps membuang, perut ku masih terasa tak selesa. Asal berjalan atau berdiri akan terasa seperti nak membuang. So, sepanjang hari p aku hanya berbaring shj. Aku bertekad, esok aku nak berusaha keras untuk membuang. Huhuhu...kalau idok, lagi teruk keadaan aku. 

Untuk membantu aku mudah membuang, aku try akan buah prune dan minum susu yakult. Kul 3 pagi menjelang hari pertama minggu ke 34, akhirnya aku membuang juga tanpa perlu meneran. Gembiranya hati bukan kepalang. namun kegembiraan ku tak berpanjangan sbb kena buasir lar pulak. Yg ni satu lagi siksa. Sepanjang hari pertama minggu ke 34 aku langsung tak boleh nak berjalan gara-2 buasir yg terkeluar. Kehidupan serba tak kena. Berdiri sakit, duduk sakit, baring pun sakit. Aku hanya ambil ubat xyloproct(krim sapu)  dan daflon yang di beli di farmasi. 

Keesokan harinya keadaan langsung tak berubah walau dah ambil ubat. Bila pegi klinik, doktor yg memeriksa kata aku dah kena buasir final stage. Dia tak blh buat apa2 dan aku kena rujuk ke surgeon. Bila jumpa surgeon kat Hospital pakar An-Nur di paksanya buasir yg terkeluar tu masuk ke dalam. Sakitnya bukan kepalang. Berjalan pun terkangkang- kangkang. hahahaha...tak boleh blah betul. Surgeon pun tak blh nak buat apa-2 prosedur kecuali merawat secara konvensional sbb kandungan ku dah mencecah 34 minggu. Kalau nak operate pun lps bersalin. Beberapa minit selepas surgeon masukkan buasir, ianya terkeluar balik. Huh....aku dah malas nak jumpa doktor balik sbb akau tahu kalau jumpa pun dia akan masukkan balik. Tersangatlah sakitnyeee. 

Aku buat keputusan untuk membiarkan saja buasir di luar dan aku akan berusaha merawatnya dgn apa cara sekali pun dan pastikan ianya sembuh sebelum aku bersalin. Kalau tidak, jenuh wooo nak jaga dua tempat luka. Aku google di internet segala macam ubat, penawar dan petua untuk merawat buasir. Aku tertarik dgn pengalaman beberapa org blogger yg terkena buasir dgn merawatnya menggunakan serbuk manjakani sbb rata-ratanya mengatakan ianya berjaya mengecutkan buasir. Alhamdulillah, petua tu jugak sesuai dgn aku. Setelah 2 hari aku menampal manjakani kat buasir tu, ianya beransur kecut. Aku dah blh duduk agak selesa. pastu dapat lak info dari kakak ipar katanya makan jelly gamat pun berkesan. Maka aku pun dgn segera membeli gamogen healing gamat. Setelah 2 hari memakannya, buasirku hampr kecut dan aku dah blh bawak kereta. Seminggu jugalah aku aku tersiksa kerana masalah buasir dan seminggu jugalah aku cuti sakit tak bekerja.

Masuk ke minggu 35, aku dah blh pegi keja walaupun buasir masih di luar tp dah tak bengkak dan semakin mengecut. Aku dah boleh duduk dgn selesa walaupun ketika membuang air aku masih terasa sedikit pedih. Yang penting sekarang aku perlu pastikan yang aku buang air setiap hari dan tak sembelit bagi mempercepatkan proses penyembuhan. Namun begitu, pada masa yang sama aku rasa perutku semakin membesar dan memberat. Kakiku yang kurus rasa dah tak mampu nak menampung berat badanku. Berjalan beberapa langkah pun aku rasa tak berdaya. Kandungan kali ni mmg agak berbeza. Mungkin sbb usia aku dah banyak atau mungkin juga baby kat dalam perut ni besar atau baby kembar. Huhuhu...perasan kembar lar pulak.

Minggu 36

Melalui minggu-minggu terakhir kehamilan mmg agak memenatkan. Nak berjalan dalam rumah atau opis pun terasa berat. Aku terpaksa berjalan perlahan-lahan, sangat bertentangan dgn cara aku berjalan time sihat walafiat. Namun keje tetap diteruskan. Rasa berdebar menanti saat kelahiran baby. Hati rasa takut,cemas & runsing memikirkan risiko bersalin. Dalam hati terfikir, kalaulah aku mati bersalin nanti kesian anak-2 kecilku.

Minggu ke 37

Sewaktu check up doktor memberitahu bahawa kepala baby dah masuk laluan. Mungkin anytime dari sekarang baby akan dilahirkan. Uishhh....berdebar jugak aku dibuatnya. Hari isnin, aku masih ke tempat kerja dgn hati yg cuak. Bimbang kalau sakit di opis atau ketika memandu dari Shah Alam  - Putrajaya.Hari Selasa, hatiku berbelah bagi nak keje ke tak keje. Namun, dalam keadaan dilema tu, aku tetap bersiap seperti biasa utk bekerja. Suami mula membebel pdku. Dia melarang aku utk pergi bekerja. Aku akur dan pergi berjumpa doktor. Hmmm....kebimbangan suami berasas. Doktor kata jalan dah bukak 3cm dan dia tidak membenarkan aku memandu ke tempat kerja lagi. Aku di beri MC sehingga bersalin. Aku sangka, setelah di periksa bukaan, aku akan bersalin dlm tempoh terdekat sbb anak-2 yg sebelum ni, selepas diperiksa bukaan, aku akan bersalin dalam tempoh 24 jam. Namun,tunggu punya tunggu dah 5 hari berlalu masih tak ada tanda-2 nak bersalin. Musykil jugak aku dibuatnya. Badan pun terasa semakin berat.Rasa macam baby ke bawah sgt dah nak keluar. Nak jalan-2 pun dah tak larat.

Minggu ke 38

Menjalani rutin check up seperti biasa. Doktor memeriksa bukaan sekali lagi. Katanya masih 3cm. Mak aiii....dah 5 hari berlalu masih 3 cm? Doktor tanya aku nak tak dia bg cepat bersalin. Doktor akan korek menggunakan teknik tertentu dan biasanya akan bersalin dalam tempoh 24 jam. Aku ragu-2 nak doktor cepatkan atau tidak. Akhirnya doktor check bukaan dan menggunakan teknik supaya dipercepatkan bersalin. Doktor kata dalam tempoh 24 jam aku akan bersalin. Lepas doktor check bukaan, keluar darah bercampur lendir. Aku balik  rumah dan memasak seperti biasa walaupun badan dah rasa tak larat sangat. Bangun tidur jam 5 lebih ptg aku gi jalan-2 ke giant taman equine dan jusco untuk cari jam tangan sofia. Dah maghrib baru sampai rumah. sampai kat rumah, baru perasan jam tangan aku hilang. Aku agak mesti tercicir masa aku keluar kereta di giant tadi. Sedih sgt sbb jam tu pemberian harijadi dari husband. Tp ku pujuk hati mungkin Allah nak bg benda lain tu.

Menjelang jam 10 malam aku mula terasa ada contraction sikit2. Hati tertanya-tanya gak, ni false contraction ke atau mmg betul-2 sakit nak bersalin ni? Confuse gak ni. Makin malam, makin kuat pulak sakitnya. Kali  ni aku rasa ni mmg btul-2 nak bersalin ni sbb bila sakit tu aku rasa mmg tak tahan. Sofia dan Zakwan dah selamat tidur. Tinggal si kecik Za'im dan Zikri je ni. Dah puas pujuk diaorg tidur tapi tak tidur gak. Aku ingat lepas diaorg tidur baru aku ke hospital. Tunggu punya tunggu, budak-2 ni tak tidur gak. Sakit semakin kuat. Sbb dah tak tahan, aku ajak husband ke hospital. Mujur si kecik dua org tu o.k jer bila aku kata ibu nak ke hospital nak keluarkan baby. Nasib baik diaorg tak menangis nak ikut. Jam 12 aku sampai di Hosital Pakar An-Nur dan terus masuk labour room. Bidan check bukaan baru 4 cm. Mak aiii...punya lar aku berjalan sakan, baru 4 cm buka. Pada mulanya, suami menemaniku di bilik bersalin. Lepas tu aku suruh di lepak kat bilik, suh dia tidur. Dari masa ke semasa, contraction semakin kerap, 10 minit sekali. Sakitnya mak aii...Allah saja yang tahu. Nurse offer suntikan epidural, tp aku tak mahu. Biarlah aku rasa kesakitan bersalin. Boleh menginsafkan aku. Allah nak cuci dosa kan. Apalah sangat sakit bersalin yang dilalui tu. Menjelang jam 2 lebih pagi, sakit makin kuat dan panjang. Aku rasa ada gak setengah jam sakit tak berhenti. Menggelupur aku kat atas katil. Jam 3 pagi Doktor Kamsiah datang dan check bukaan. Dalam jam 3.15 cam tu, doktor pecahkan air ketuban. Doktor cakap, kalau rasa nak buang air, bagi tau. Lepas pecah air ketuban tu, sakitnya makin kuat. Puas jugaklah aku menggelupur sorang2 kat  atas katil. Lebih kurang jam 3.25 pagi aku dah rasa nak meneran. Aku bagitau nurse dan nurse suruh tahan dulu. Tunggu doktor ada. Nurse nak call husband supaya datang ke labour room, tapi aku tak benarkan. Biarlah husband kat bilik. Aku kesian kat dia kalau tgk aku sakit melahirkan baby. Bila  doktor dah ready, aku meneran dalam 2,3 kali, akhirnya baby selamat dilahirkan pada jam 3.31 pagi, 22 Disember 2013.

Alhamdulillah....berakhir juga penantianku. Kali ni baby boy lagi.  Huhuhuhu...Syukur alhamhamdulilllah, boy atau girl aku tak kisah. Yang penting anak aku sihat dan sempurna.