Monday, August 5, 2013

AKU DAN RAMADHAN

Sedar tak sedar 27 ramadhan hampir berlalu. Syukur tidak terhingga ku panjatkan kepada Ilahi kerana dengan keizinannya aku berpuasa penuh tahun ni, In Sha Allah. Tahun ni merupakan kali kedua aku berpuasa dalam keadaan berbadan dua. Kali pertama kira-kira 3 tahun yang lepas ketika aku mengandungkan Zikri. 

Mulanya aku sedikit gusar bimbang jika tak mampu berpuasa tahun ni. Masakan tidak, 2 bulan sebelum puasa aku mengalami alahan yang sangat-2 teruk. Aku rasa macam nak mati. Badan terlalu lemah dan tak bermaya. Sebarang makanan tak lalu ku telan. Apa yang masuk ke perutku semuanya dimuntahkan keluar. Namun, seminggu menjelang puasa, aku telah mula makan nasi dan Allah kembalikan kesihatan sedikit demi sedikit sehinggalah ramadhan hampir berlalu. 

Walaupun badan terasa penat dan hampir setiap hari aku dehydrate kerana terlalu banyak berludah gara-gara air liur yang terlalu banyak keluar, Allah beri kekuatan kepadaku untuk memasak setiap hari tanpa gagal dengan bermacam-macam resepi. Tugasan di pejabat pun dapat dilaksanakan dengan lancar. Seawal 6.30 pagi aku bertolak dari rumah di Putrajaya, meluncur laju di highway elite menuju ke UiTM Shah Alam. Biasanya sampai di rumah jam 5.30 petang. Sempat aku memasak 2,3 jenis masakan. Belum pernah sekali membeli di pasar ramadhan. Walaupun adakalanya sambil memasak aku berhenti seketika untuk baring sbb badan terlalu penat, namun tugas memasak dapat ku laksanakan dengan jayanya. Gembira melihat suami dan anak-anak makan dengan berselera pada waktu berbuka puasa.

Syukur ya Allah atas kekuatan yang engkau berikan. Semoga kekuatan ini berterusan dan kesihatanku semakin baik dari hari ke hari sehingga aku melahirkan. Moga juga anak dalam kandungan ini sihat dan sempurna tubuh badannya, pintar dan soleh dan dilahirkan dengan selamat bulan Disember nanti. In Sha Allah....