Tuesday, July 24, 2012

PUDING JAGUNG

Hari ni merupakan hari ke empat kita berpuasa di thn 2012. Puasa yang bermula hari Sabtu disambung dgn cuti hari Isnin, maka hari ini adalah hari pertama aku berpuasa pada hari bekerja. Berdasarkan pengalaman tahun lepas, asal keluar lambat jer dari opis, kompem akan tersekat dalam trafic yang perlahan. Sebaik shj jam mencecah pukul 5, aku bergegas pulang ke rumah. Jenuh tu nak drive dari Shah Alam ke Putrajaya. Bimbang takut tak sempat nak masak. Kuda merah ku pecut laju. Alhamdulillah, jam 6 lebih sampai ke rumah. Cabaran memasak 40minit, aku mampu menggulai ayam kampung masak lemak cili api, sayur kangkung, ikan goreng dan puding jagung.

Actually, ni first time aku buat puding jagung. Disebabkan aku ni mmg bukan jenis yg suka makan cookies atau kuih muih, maka mmg idok lar rajin membuatnya. Tapi atas permintaan suami, aku mencuba resepi yg ada dalam majalah rasa. Sepanjang nak menyediakan bahan-2 tu mmg dok jenguk majalah  aje lah. Maklum je lar, first time buat, tak confident. Takut tak jadi. Tapi alhamdulillah, percubaan kali pertama menjadi. Husband suka, anak-2 pun suka. So, aku kongsikan resepinya di sini untuk rujukanku di lain kali:

Bahan-2

120gram tepung kastad
375ml santan
500ml air
180gram gula.
1 sudu tepung jagung
1 tin jagung

Cara:

1. Campurkan kesemua bahan tepung kastad, gula, tepung jagung, air dan santan dalam satu bekas.
2. Kacau hingga sebati
3. Masak diatas api yang sederhana sehingga pekat dan berkilat.
4. Tuang dalam loyang dan sejukkan sehingga keras.




Wednesday, July 18, 2012

RESEPI PUDING KARAMEL


Puding ni memang kegemaran aku. kalau bulan puasa biasa jual kat Pasar Ramadhan, paling murah aku penah jumpa RM1.50 sepotong. Yang jual sampai RM3 sepotong pun ada. Perrghhhh...gila mahal. Tapi disebabkan tak reti nak buat sendiri, beli lar jugak. Tapi kali ni aku dah belajar buat puding karamel ni. Cari resepi kat internet jer. Try buat sekali, alhamdulillah menjadi. Bila dah menjadi tu buat banyak kali sampai dah naik jemu pulak. Memandangkan bulan Ramadhan akan menjelma beberapa hari saja lagi, maka aku tuliskan semula resepi puding karamel ni. Senang nak rujuk kalau nak buat nanti. Dah lama tak buat nanti lupa pulak.


Bahan-bahannya:


400ml susu segar
4 biji telur
5 sudu gula


Utk karamel
5 sudu gula
2 sudu besar air


Cara-cara
  1. Sediakan karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.
  2. Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih.
  3. Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. Jangan sampai mendidih.
  4. Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
  5. Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit
  6. Atau boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.
  7. Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka.
  8. Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti ais

Monday, July 9, 2012

BISKUT SEMPRIT






Sepanjang kehidupan selama 35 thn ni belum pernah aku buat cookies. Tp oleh kerana anakanda Sofia nampak macam berminat dgn bidang masakan ni dan dia pun beria-2 minta buatkan cookies maka aku penuhi permintaannya. Terus terang aku katakan, bab-2 buat cookies mmg aku fail. Bentuk adunan lembut atau keras pun aku tak tahu. Oleh kerana aku ni mmg tak reti bab-2 membako biskut ni, sudah pastilah internet menjadi rujukan masakan untukku. Dari satu blog ke satu blog aku jelajahi. Bermacam-macam cara nak buih biskut semprit bunga ni. Akhirnya aku memilih resepi dan cara yg paling mudah untuk aku mulakan projek membako biskut ni. Alhamdulillah, menjadi juga akhirnya percubaan pertama ku. Rasanya lembut dan sedap. Supaya aku tak lupa, aku catatkan resepi ni untuk rujukan di lain kali.

Bahan-Bahan:

Butter 250g
Gula icing 140g
Kuning Telur 2 biji
Tepung jagung 100g
Tepung kastad 160g
Tepung gandum 240g
Esen Vanila 1 sudu
Ceri untuk hiasan

Cara:

1. Pukul butter bersama gula sehingga kembang.
2. Masukkan kuning telur satu persatu.
3. Setelah sebati, masukkan tepung jagung, tepung kastad dan tepung gandung sedikit demi sedikit.
4. Setelah adunan sebati, terap dgn menggunakan acuan.
5. Letak ceri sebagai hiasan
6. Bakar dalam suhu 150c dalam tempoh 15 minit.