Monday, October 6, 2008

Aidilfitri Yang Suram

Seperti tahun-tahun sebelumnya, aku meraikan aidilfitri pertama di rumah ibu mertuaku di Kampung Bukit Bangkong, Sepang. Alhamdulillah, raya di sana cukup meriah. Aku, suami dan anak-anak saling mengunjungi rumah saudara mara. Di tambah lagi dengan gelak ketawa dan karenah  anak-anak buah yang seramai 22 orang, ianya cukup memeriahkan lagi sambutan hari raya di sana. Namun suasana cukup berbeza sambutannya di sebelah keluargaku di Pahang. Aidifitri kali ini aku rasakan begitu suram kerana tidak dapat meraikannya bersama bonda dan ayahanda di Kampung Belimbing, Pahang. Bonda tersayang telah dimasukkan ke hospital di pagi syawal kerana demam yang sangat kuat. Setelah 5 hari bonda dimasukkan ke hospital, barulah dapat dikesan bahawa dia mengidap demam denggi. Kesian melihat bonda yang tidak bermaya terlantar dihospital. Aku terkilan kerana tidak dapat berada disisi bonda sepanjang dia di hospital memandangkan aku beranak kecil. Aku hanya dapat menjengok bonda sekejap-sekejap. Apa yang dapat ku buat hanyalah menyediakan makanan untuk bonda.  Bonda tak berselera untuk makan. Kesian bonda! Hati aku begitu berat untuk kembali ke Putrajaya. Namun aku harus pulang kerana aku mempunyai tanggungjawab di sini. Aku berdoa kepada Allah semoga bonda cepat sembuh.