Friday, March 18, 2011

Di celah-celah kehidupan



Seperti biasa setiap hari aku memandu sendirian pulang dari tempat kerja di Shah Alam ke Putrajaya. Melalui jalan yang sama setiap hari. Namun hari ini aku terlihat sesuatu yang agak luar dari kebiasaan. Ketika berhenti di sebuah traffic light, aku terlihat kelibat seorang tua berjalan di tengah-tengah deretan kereta yang berhenti di traffic light. Raut wajahnya kelihatan bukan seperti rakyat tempatan. Sekali pandang macam myanmar, macam bangladesh pun ada. Melalui penampilannya seperti seorang islam sebab dia memakai kopiah dikepala. Ditangannya seperti ada sebuah tasbih. Jalannya berdengkot-dengkot. Kelihatan agak dhaif. Aku melihat pakcik tua itu memegang sebuah nota yang bertulis sesuatu. Mataku hanya dapat menangkap beberapa perkataan yang tertulis. "tolong bantu saya, saya sakit.......". Hatiku berdetik....waras ke pakcik ni? atau dia mmg benar-benar terdesak sehingga sanggup meredah deretan kereta di tengah jalan untuk memohon pertolongan? Nilai kemanusiaan ku terusik. Ingin saja ku buka tingkap keretaku dan menghulurkan beberapa ringgit wang yg ada di kereta. Tp hati berbelah bagi pula. Bimbang pula jika dia orang yang tidak waras. Nanti tak pasal-pasal aku pulak yang dapat masalah. Sebuah demi sebuah kereta pakcik itu lewati. Namun ku lihat tidak ada yang menghulurkan apa-apa di sebalik tingkap kereta. Di tanganku ada beberapa ringgit wang kertas seringgit digenggam. Sebaik saja melewati keretaku, pakcik itu langsung tidak menghulurkan tangannya. Mungkin kerana aku hanya memandu kereta Viva. Dari cermin kereta aku terus memerhatikan kelibat pakcik itu sehinggalah akhirnya lampu di traffic light bertukar hijau. Keretaku terus meluncur ke depan. Namun hatiku masih tertanya-tanya keadaan pakcik tua itu. Jika benar dia memerlukan pertolongan alangkah kasihannya dia. Moga dia di bantu oleh yang maha ESA. Aminn.

No comments: