Tuesday, July 24, 2012
PUDING JAGUNG
Actually, ni first time aku buat puding jagung. Disebabkan aku ni mmg bukan jenis yg suka makan cookies atau kuih muih, maka mmg idok lar rajin membuatnya. Tapi atas permintaan suami, aku mencuba resepi yg ada dalam majalah rasa. Sepanjang nak menyediakan bahan-2 tu mmg dok jenguk majalah aje lah. Maklum je lar, first time buat, tak confident. Takut tak jadi. Tapi alhamdulillah, percubaan kali pertama menjadi. Husband suka, anak-2 pun suka. So, aku kongsikan resepinya di sini untuk rujukanku di lain kali:
Bahan-2
120gram tepung kastad
375ml santan
500ml air
180gram gula.
1 sudu tepung jagung
1 tin jagung
Cara:
1. Campurkan kesemua bahan tepung kastad, gula, tepung jagung, air dan santan dalam satu bekas.
2. Kacau hingga sebati
3. Masak diatas api yang sederhana sehingga pekat dan berkilat.
4. Tuang dalam loyang dan sejukkan sehingga keras.
Wednesday, July 18, 2012
RESEPI PUDING KARAMEL
Puding ni memang kegemaran aku. kalau bulan puasa biasa jual kat Pasar Ramadhan, paling murah aku penah jumpa RM1.50 sepotong. Yang jual sampai RM3 sepotong pun ada. Perrghhhh...gila mahal. Tapi disebabkan tak reti nak buat sendiri, beli lar jugak. Tapi kali ni aku dah belajar buat puding karamel ni. Cari resepi kat internet jer. Try buat sekali, alhamdulillah menjadi. Bila dah menjadi tu buat banyak kali sampai dah naik jemu pulak. Memandangkan bulan Ramadhan akan menjelma beberapa hari saja lagi, maka aku tuliskan semula resepi puding karamel ni. Senang nak rujuk kalau nak buat nanti. Dah lama tak buat nanti lupa pulak.
Bahan-bahannya:
400ml susu segar
4 biji telur
5 sudu gula
Utk karamel
5 sudu gula
2 sudu besar air
Cara-cara
- Sediakan karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.
- Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih.
- Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. Jangan sampai mendidih.
- Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
- Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit
- Atau boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.
- Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka.
- Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti ais
Monday, July 9, 2012
BISKUT SEMPRIT
Sepanjang kehidupan selama 35 thn ni belum pernah aku buat cookies. Tp oleh kerana anakanda Sofia nampak macam berminat dgn bidang masakan ni dan dia pun beria-2 minta buatkan cookies maka aku penuhi permintaannya. Terus terang aku katakan, bab-2 buat cookies mmg aku fail. Bentuk adunan lembut atau keras pun aku tak tahu. Oleh kerana aku ni mmg tak reti bab-2 membako biskut ni, sudah pastilah internet menjadi rujukan masakan untukku. Dari satu blog ke satu blog aku jelajahi. Bermacam-macam cara nak buih biskut semprit bunga ni. Akhirnya aku memilih resepi dan cara yg paling mudah untuk aku mulakan projek membako biskut ni. Alhamdulillah, menjadi juga akhirnya percubaan pertama ku. Rasanya lembut dan sedap. Supaya aku tak lupa, aku catatkan resepi ni untuk rujukan di lain kali.
Bahan-Bahan:
Butter 250g
Gula icing 140g
Kuning Telur 2 biji
Tepung jagung 100g
Tepung kastad 160g
Tepung gandum 240g
Esen Vanila 1 sudu
Ceri untuk hiasan
Cara:
1. Pukul butter bersama gula sehingga kembang.
2. Masukkan kuning telur satu persatu.
3. Setelah sebati, masukkan tepung jagung, tepung kastad dan tepung gandung sedikit demi sedikit.
4. Setelah adunan sebati, terap dgn menggunakan acuan.
5. Letak ceri sebagai hiasan
6. Bakar dalam suhu 150c dalam tempoh 15 minit.
Friday, June 15, 2012
BODOHNYA BIBIK
Namun setelah sebulan dia bekerja, ibu mertuaku yg ketika itu tingal beberapa hari dirumah, dapat melihat kelainan pada tubuh bibik. Dan......akhirnya bibik mengaku bahawa dia telah mengandung 2 bulan. Dia telah berkahwin secara sembunyi2, tanpa pengetahuan aku, sebulan sebelum dia melarikan diri. Citttt...hampeh punya bibik. Aku yg baik hati bagi dia cuti sangka dia mmg bercuti rumah sedara, tp tanpa aku sedar, dlm diam-2 dia kahwin dgn warga indon disini.
Apakan daya, dia dah mengandung. Maka aku yg baik hati ni masih membenarkan dia bekerja dirumahku. Pernah dia menyuarakan mahu menggugurkan kandungan, tp aku hanya minta da berfikir dosa dan pahala. Dan....akhirnya dia membatalkan hasrat utk menggugurkan kandungannya. Sepanjang bibik mengandung mmg cabaran bagi aku yg bekerja ni. Bayangkan, jika dia bercuti pada hari Sabtu dan berjanji akan pulang bekerja pada hari Ahad, tp hanya pulang pada hari Isnin, maka aku terpaksa mengambil cuti kecemasan. Bukan sekali dua, tp berkali-kali. Terlalu banyak air mataku tumpah gara-2 bibikku yg sorang ini. Hinggalah Sebulan sebelum dia bersalin, dia minta untuk berhenti dalam erti kata lain bercuti sehingga dia habis berpantang dan kembali bekerja dgnku. Selepas bibik berhenti, macam-2 indon yg bekerja secara harian dirumahku. Sesungguhnya aku hanya berserah pada Allah atas keselamatan anak-2ku.
Pada ketika dia bercuti juga, pernah 3 kali aku cuba mengambil pembantu rumah secara tetap. Bibik ini namanya bibik Sri Siratmi, berusia sekitar 40-an. Tp apakan daya, kali pertama aku mengambil bibik dari seorg agen bebas, dia hanya sempat bertahan seminggu bekerja dirumahku kerana didapati mengidap sakit kanser servik. Nasibku agak baik kerana agen memulangkan kembali separuh daripada duitku secara tunai, manakala selebihnya dia berjanji akan membayar secara ansuran. Namun begitu, dah 9 bulan berlalu, bayaran ansurannya on dan off, sehingga kini masih berbaki RM1500.
Bibik yg kedua bernama bibik Normah, berusia 38 thn. Ku ambil dari agen bebas juga. Hari pertama dia bekerja sudah bangun lewat. Aku sudah pergi bekerja pun dia masih belum bangun. Memang dasar bibik hampeh. Mujur ibu mertuaku ada dirumah untuk memantau. Baru pun 3 jam dia bangun dari tidurnya, aku dah mendapat aduan dari ibu mertua mengatakan bibik tersebut merokok dan mengaku dgn ibuku bahawa pernah berkahwin dgn warga Malaysia dan tinggal di Malaysia lebih dari sepuluh tahun. Wah.....tipah tertipu makkk. Agen bebas kata dia tak pernah datang. Mujurlah aku membayar RM6000 kepada agen menggunakan check. Jadi seawal pagi aku telah memindahkan wang dari akuan bank supaya check tersebut tidak dapat ditunaikan. Aku meminta agen memulangkan kembali check tersebut dan menyatakan hasrat utk memulangkan kembali bibik hampeh tersebut. Agen bersetuju dan meminta maaf berkali denganku.
Bibik ketiga namanya Danika, aku dapat melalui kawan abangku seorang ustaz di indonesia. Alhamdulillah, bibik yg ini baik akhlaknya. Namun, Allah mendugaku sekali lagi. Baru 2 minggu bibik bekerja, dia mengadu sakit dada dan mengaku sedang menerima rawatan di Indonesia. Ku bawa bibik berjumpa doktor. Melalui penerangan yg diberikan bibik, doktor mengesyaki bahawa bibik sedang menerima rawatan penyakit Tibi. Rupanya tanpa aku sedari bibik sedang menerima rawatan di Indonesia yg besar kemungkinan menurut doktor rawatan Tibi. Namun bibik sendiri tidak mengetahui dia menerima rawatan tentang penyakit apa. Oh...bibik....naifnya kamu. Kawan abngku juga langsung tidak mengetahui masalah itu. Oleh kerana tidak mahu mengambl risiko, maka bibik tersebut ku hantar pulang ke Indonesia.
Setelah itu, bermulalah episod bibik-2 PATI bekerja dirumahku. Ku rasakan rumahku dah macam agensi pembantu rumah. Bibik PATI silih berganti, bibik Rosmi, bibik Enny, bibik Lilis, bibik Ani, dan beberapa lagi bibik yg aku dah tak ingat namanya. Adakalanya aku rasa aku tak mampu menahan perasaan lagi. Kerap kali aku menangis sepanjang perjalanan ke tempat kerja dari Putrjaya ke Shah Alam. Hingga kadang-2 terfikir saja untuk berhenti. Mujur juga aku ada ibu mertua yg membantu memantau bibik-2 PATI dirumahku. Boss juga memahami keadaanku. Ku tabahkan hati, ku teruskan perjuangan untuk bekerja.
Sebulan setelah bibik ketiga dihantar pulang, akhirnya dapat pula seorang lagi bibik dari Indonesia atas bantuan seorang ustaz di Indonesia. Pernah bekerja di negara Arab. Alhamdulillah, kali ini, akhlaknya baik. Maka kerjalah bibik bernama Roheini yg berusia 34 thn ini denganku. Setelah sebulan bekerja, bibik Sasi yg mengandung tu, kembali menghubungi aku. Dia mahu kembali bekerja. Huh....setelah seribu kepayahan ku lalui gara-2 dia, dia nak keje semula. Aku rasa macam dah serik. Tp sebab aku ni baik sgt, aku suruh dia bekerja dgn ibu mertuaku. Tp beberapa minggu bekerja dgn ibu mertua, bibik sasi mengirim sms mahu bekerja denganku juga. Aduss.....susah juga bila jadi org yg susah nak say "NO" ni yer. Akhirnya, bibik bertukar majikan. Bibik sasi kembali bekerja denganku, bibik Roheini bekerja dengan ibu mertuaku. Namun begitu permit kedua-2nya atas nama suamiku.
2 bulan pertama bekerja, bibik sasi mmg o.k. Kejenya mmg tip top. Tp masuk bulan ke-3 dia dah start mintak cuti jer. Ada je alasan dia. Kadang-2 hampir setiap minggu. Wah....ini sudah melampau. Aku dah makan hati berulam jantung ni. Hinggalah pada satu hari, dia mintak izin nak kerja semula dgn ibu mertuaku atas alasan dia ingin istirehat. Tukang urut kata rahimnya jatuh kerna kerja kuat. Kerja dirumah ibu mertuaku senang, tak perlu jaga anak kecil. Aikkkkk.....dulu ko jugak yg beria-2 nak keje semula dgn aku. Suka ati dia jer yer nak tukar-2. Kali ini aku tidak mengatakan YES sebaliknya ku katakan. " Dulu kamu juga yg mahu kembali bekerja dengan saya. Sekarang kamu mau tukar lagi. Kamu perlu tanya persetujuan Roheini jika mau tukar, dan gaji kamu tidak lagi RM600, tp RM500 jika bekerja dgn ibu mertuaku dan kamu juga perlu menjaga seorang cucu ibu mertuaku yg OKU kerna selama ini Roheini yg menjaganya". Dia terdiam dan akhirnya membatalkan hasrat utk bertukar majikan.
Namun begitu ku perhatikan bibik semakin malas. Asal aku balik keje, mesti dia tgh terbaring kat ruang tamu
menonton sinetron Anugerah. Perghhhhh.....dah macam "Mam" beb. Tp aku hanya perhatikan saja, tanpa sepatah kata, apatah lagi nak marah. Hinggalah di suatu petang Sabtu, ketika aku dlm perjalan pulang dari Perak, bibik menalifon nak bercuti sbb nak masukkan duit sebanyak RM3000 ke indonesia. Keluarganya masuk rumah sakit dan berjanji akan pulang pada jam 9.00 pagi esok harinya. Aku mula curiga. Aku membenarkan dia cuti, tp gajinya hanya ku beri RM50 shj, bakinya aku berjanji akan menyerahkannya keesokan hari. Dia kelihatan tidak gembira. Pasportnya juga tidak ku beri. pandai-2 lar kalau kena tangkap dgn polisi.
Telahanku benar. Keesokannya, bibik tidak pulang. Berkali-kali ku cuba hubungi dia, handphonenya ditutup. Sehingga petang aku masih tidak dapat menghubungi dia. Sahhhh!!!! dia lari sekali lagi. Buktinya, semua baju di biliknya telah tiada. Wah....wah...wah....tipah tertipu lagi makkkk. Kali ini, aku dah tak kisah bibik tu lari sbb bibik Roheini ada sbg back up. Dan akhirnya bibik Roheini kembali bekerja denganku. Sungguh berliku kan perjalanan hidup dgn bibik hampeh ni. Kalau anak-2 dah besar, tobat aku tak hingin berbibik lagi.
3 minggu setelah lari dari rumahku, handphone anakku Putri Anis menerima satu panggilan yg tidak dikenali. Aku sgt hairan sbb nombor handphone si Putri Anis hanya diketahui olehku, suami dan 2 org kawan si Putri. Ku cuba menghubungi nombor itu kembali. Di corong telefon ku dengar suara si bibik sasi hampeh. Rupanya dia dah tukar nombor, tp ada hati nak call Putri ku. Di hari yg sama rupanya bibik sasi menghubungi kakak iparku. Mengaku yg dia tidak lagi bekerja dgnku. Bila ditanya kenapa tak diberitahu kepadaku, jawapan sungguh tak cerdik. Belum sempat nak bg tau katanya. Tp yg memusykilkan aku kenapa dia call kakak iparku dan dari mana dia tahu nombor handphone kakak iparku. Pikir punya pikir, aku temui jawapnnya....dia lari membawa handphone lamaku. Kat Handphone tu semua contact numberku ada. Malah gambar-2 aku pun masih ada di telefon tu. Dan aku dapat jangkakan sesuatu.........Bibik,,,,kau tunggu!!! kali ini aku tidak maaf kamu!!!!! I'VE GOT YOU!!!!!WATCH OUT!!!
Friday, March 18, 2011
Di celah-celah kehidupan

Seperti biasa setiap hari aku memandu sendirian pulang dari tempat kerja di Shah Alam ke Putrajaya. Melalui jalan yang sama setiap hari. Namun hari ini aku terlihat sesuatu yang agak luar dari kebiasaan. Ketika berhenti di sebuah traffic light, aku terlihat kelibat seorang tua berjalan di tengah-tengah deretan kereta yang berhenti di traffic light. Raut wajahnya kelihatan bukan seperti rakyat tempatan. Sekali pandang macam myanmar, macam bangladesh pun ada. Melalui penampilannya seperti seorang islam sebab dia memakai kopiah dikepala. Ditangannya seperti ada sebuah tasbih. Jalannya berdengkot-dengkot. Kelihatan agak dhaif. Aku melihat pakcik tua itu memegang sebuah nota yang bertulis sesuatu. Mataku hanya dapat menangkap beberapa perkataan yang tertulis. "tolong bantu saya, saya sakit.......". Hatiku berdetik....waras ke pakcik ni? atau dia mmg benar-benar terdesak sehingga sanggup meredah deretan kereta di tengah jalan untuk memohon pertolongan? Nilai kemanusiaan ku terusik. Ingin saja ku buka tingkap keretaku dan menghulurkan beberapa ringgit wang yg ada di kereta. Tp hati berbelah bagi pula. Bimbang pula jika dia orang yang tidak waras. Nanti tak pasal-pasal aku pulak yang dapat masalah. Sebuah demi sebuah kereta pakcik itu lewati. Namun ku lihat tidak ada yang menghulurkan apa-apa di sebalik tingkap kereta. Di tanganku ada beberapa ringgit wang kertas seringgit digenggam. Sebaik saja melewati keretaku, pakcik itu langsung tidak menghulurkan tangannya. Mungkin kerana aku hanya memandu kereta Viva. Dari cermin kereta aku terus memerhatikan kelibat pakcik itu sehinggalah akhirnya lampu di traffic light bertukar hijau. Keretaku terus meluncur ke depan. Namun hatiku masih tertanya-tanya keadaan pakcik tua itu. Jika benar dia memerlukan pertolongan alangkah kasihannya dia. Moga dia di bantu oleh yang maha ESA. Aminn.
Thursday, March 17, 2011
Bibik Oh Bibik
Masalah datang lagi...Huh. sakit jugak kepala otak nak pikir ni. Nak fokus kat keje pun dah tak boleh. Belum pun sempat aku duduk di kerusi opis, tetiba dapat sms dari hubby yg berbunyi "Tadi mak cakap, sasi ngandung sebulan, adussss". SASI= makhluk alah yang menjadi bibik aku. Dah hampir 3 thn keje dgn aku, tup tup ngandung lar plak. Mmg salah aku sbb terlalu bagi muka kat mangkuk sekor ni. Dia nak cuti, aku bg, nak beli telefon, aku belikan (tp pakai duit dia lar). Sudahnya hasrat untuk mencari rezeki bertukar mencari laki pulak jadinya. Ramai yg cakap jangan terlalu baik dgn bibik. Hmmm..susahlar nak cakap. Disebabkan aku ni belajar ilmu psikologi, ilmu yg mengkaji tingkahlaku manusia, pasti sifat kemanusiaan aku sgt tinggi. Tak bagi cuti karang, aku pun memahami, keje sepanjang minggu tensen jugak. Tp bila aku bagi cuti, dia mencari laki. Org kata jgn bagi pakai telefon, aku bg jugak sbb aku fikir telefon digunakan untuk menghubungi anak yg jauh dimata. Rupanya telefon jantan merata-rata.Sekarang ni aku tgh sakit otak tak nak pikir mana nak cari bibik. Adoilar...kos ambil bibik bukanlar murah. Andainya bayaran mahal tp bibik berkualiti....alhamdulillah. Malangnya kalau bayar mahal-2 tp keje hampeh macam siut. Aku jugak yg rugi. Bila difikir-fikirkan, rasa macam nak berenti jer. Tp bila difikir-fikirkan lagi, sayang lar pulak nak berenti. Bekerje ni sebenarnya seronok jika tiada masalah penjagaan anak. Tp bila ada masalah bibik cam ni lar membuat kan aku kerap kali pikir nak berenti. Inilar dilema seorang wanita bekerjaya dan beranak kecik.
Oh diri, kuatkan hati, tabah jiwa menghadapi cabaran ini. Semoga ada jalan penyelesaian terbaik buatku. Aminnn.
Friday, March 12, 2010
Abang yang rajin

Macam nilah gelagat anak-anakku bila adik tido kat buaian. Dua-2 rajin nak tolong buaikan adik. Tapi masalahnya kalau buai elok-elok, senang hati ibu. Boleh ibu surf internet dengan aman. Tapi hero 2 orang ni hayun buai adiknya macam ribut. Mau pening kepala adik dibuatnya. Ibu pun langsung tak aman dan tenteram nak wat keje. Adoilar anak-anakku.
Hingga sekarang Zakwan masih excited dgn adik barunya. Macam-2 soalan yang ditanya ttg adik baru. Kenapa adik ni kecil sangat? kenapa tangan adik macam ni? kenapa adik baby matanya celik? pendek kata macam-2 soalan lar yang adakalanya membuatkan aku tergelak dgn soalan-2nya. Macam mana pun aku tetap layan soalan-2 dia dgn jawapan yang aku pun rasa nak tergelak bila menjawab. Aku sangka Zakwan dah tak excited lagi dgn adik yg kedua ni. Rupa-2nya tahap excitednya masih tinggi. Zaim pun dah pandai sayang adik. Tapi kalau tak diawasi mmg bahaya sebab dia suka cucuk mata baby dan membuat aksi yang membahayakan baby.
Tuesday, March 2, 2010
Monday, February 22, 2010
lagu "The Reason" ini cukup bermakna bagi aku bcoz my beloved hubby said " Yang, abang tujukan lagu ni untuk awak". Bila aku hayati lirik lagu ni, ianya cukup menyentuh hati. Aku mengerti, kita akan sentiasa cuba berubah untuk menjadi yang terbaik demi insan tersayang. Buat suamiku....I love you so much!
Tuesday, February 2, 2010
AKHIRNYA....

Alhamdulillah, syukur ku panjatkan ke hadrat Ilahi kerana penantianku berakhir juga. Aku telah selamat melahirkan permata hatiku yang ke-empat seorang putera di Hospital Pakar An-Nur Bangi pada 02.02.2010 jam 4.42 am. Walaupun sepanjang kehamilan aku melalui saat-saat kesakitan dan keperitan yang tidak terhingga, akhir doaku termakbul jua. Puteraku dilahirkan awal 4 minggu dari tarikh jangkaan dengan keadaan yang sihat. Syukur tidak terhingga walaupun dikatakan tidak cukup bulan, tp dia dilahirkan dengan berat 3kg.
Sebenarnya aku telah mengalami kesakitan sejak hari sabtu yang lepas. Aku langsung tidak berdaya untuk keluar berjalan-2 walaupun keinginan hati begitu kuat utk keluar membeli brg2 keperluan. Sepanjang cuti hujung minggu, aku sekadar terbaring dirumah. Ku rasakan begitu tidak tertanggung lagi sehingga aku berdoa supaya dicepatkan kelahiran permata hatiku ini. Takku sangka Allah menjawab doaku. Sepanjang malam Isnin aku sudah mula merasai kesakita yang tidak begitu ketara. Namun aku tidak begitu mempedulikan kesakitan itu. Aku bercadang untuk pergi bekerja seperti biasa keesokan harinya. Ada beberapa tugasan di Pejabat belum ku bereskan. Menjelang pagi, aku mula merasa ragu-2 untuk meneruskan hasratku untuk keluar bekerja. Bimbang pula sesuatu yang tidak diingini berlaku sepajang perjalanan dar Putrajaya ke Shah Alam. Aku berdoa supaya Allah memberi petunjuk untuk membuat keputusan. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk berjumpa doktor pada pagi itu. Belum pun sempat aku mengkhabarkan kepada rakan setugas mengenai ketidak hadiranku, tiba-2 ku rasakan ada sesuatu yang tidak kena. Aku dapati cecair bercampur darah telah keluar.
Pagi itu, aku sempat menyelesaikan tugasan yg telah diamanahkan dan ku emelkannya kepada rakan-2 di Pejabatku. Aku hanya ke Klinik berhampiran rumah untuk mendapatkan MC dan bercadang untuk ke Hospital menjelang petang setelah suami tersayang selesai menghadiri mesyuarat. Pukul 2.45 p aku sampai di hospital dan terpaksa menunggu lama untuk berjumpa doktor. Sebaik saja dapat berjumpa doktor pada pukul 4.45 ptg, didapati pintu rahimku telah pun terbuka 4cm. Aku agak terkejut dengan keadaan itu dan terpaksa ditahan di wad pada petang itu juga. Menjelang maghrib, doktor menjengahku namun tiada contraction yang berlaku. Cuma rasa sakit yang mampu ku tahan. Kepadaku doktor memberitahu sekiranya tiada kesakitan yang ku alami, mungkin hari esok aku bolh pulang ke rumah. Doktor tak mahu aku di induce memandangkan kandunganku baru mencecah 36 minggu. Masih dikatakan awal untuk bersalin. Apapun aku pasrah....tunggu ajerlar apa yang akan berlaku.
Semakin malam menjelang aku masih tak dapat melelapkan mata. Jam telah menunjukkan pukul 12.45 pagi. Aku mula merasakan contraction yang agak kuat berlaku. Lama kelamaan, menjelang 10 minit sekali kesakitan itu makin kerap tapi hanya dalam seminit sahaja. Alahai....keadaan itu membuatkan aku langsung tak boleh melelapkan mata. Aku menghantar sms kpd suami dan ku khabarkan ttg keadaan diriku. Suami berhasrat untuk menemaniku, tp kesian pula pada anak-2. Aku hanya meminta suami menunggu di rumah sahaja. Menjelang pukul 3.30 pagi aku dah tak mampu untuk berjaga lagi. Kepada nurse ku beritahu bahawa aku langsung tak dapat melelapkan mata walau sekejap kerana sakit yng kerap tetapi sekejap itu. Sebaik saja bidan memeriksa bukaan rahimku, ianya telah terbuka 7cm dan aku terus diminta untuk ke labour room.
3.45 am aku mula memasuki labour room. Sakit masih kerap 10 minit sekali tp hanya dalam tempoh 1 minit. Doktor memeriksa bukaan rahim dan ianya telah terbuka 8cm. Setelah melawan kesakitan yang kerap tapi sekejap, akhirnya pada jam 4.42 pagi aku telah selamat melahirkan permata hati yang dinanti-nantikan. Alhamdulillah, syukur pada Allah. Jam 5 pagi suami tersayang sampai dihospital dan mengazankan putera kami. Apapun....kesyukuran jua ku panjatkan kepada Allah Taala. ALHAMDULILLAH....
Tuesday, January 5, 2010
Zakwan Ke sekolah

Alhamdulillah...selesai sudah hari pertama persekolahan Zakwan hari ni. Walaupun pada mulanya susah jugak nak pujuk dia untuk ke sekolah pagi tadi. Lepas hantar Kakak Sofea ke sekolah, Zakwan mintak nak tgk citer ultraman....rutin harian dia setiap hari. Bangun tido jer ngadap TV. Secara berhemah (kononyer lar) aku bagitau yg dia kena pegi sekolah hari ni. Apa lagi dia pun terus lar merengek tak nak pegi. Alamak...camner ni....dia buat hal pulak. O.klar, hari ni aku bagi chance kat dia gi skolah tak yah mandi..huhuhu. Tu pun dia tak nak gak. Puas jugak lar aku dok pujuk nak pakaikan baju sekolah sampai terpaksa main kejar-2 keliling meja makan cuz dia tak nak paka baju sekolah. Setelah menggunakan pelbagai taktik, akhirnya aku berjaya memakaikan baju sekolah kat dia.
Abis satu bab.... Pastu nak ajak gi skolah pulak. Adoi...dia tak nak pegi jugak..Dah macam-2 aku psiko dia tetap tak nak pegi. Finally aku terpaksa pakai taktik kotor..hehehehe..."Wan...jom kita pegi beli mainan toys story nak?". Dia mula terpedaya dengan kata-2 aku dan terus masuk kete. Masuk jer kete aku dan hubby bawak dia pegi kedai beli mainan dulu, pastu terus hantar pegi skolah. Kalau ikutkan hati memang ler kesian kat anak aku tu. Rasa tak sampai hati betul nak tinggalkan dia kat sekolah tadi(especially my hubby). Tapi aku cakap kat hubby kita yang kena kuat semangat. Kalau ikutkan rasa kesian memang tak ke mana-2 lar anak kita tu. Zakwan kami tinggalkan di sekolah dengan hiruk pikuk suara tangisan budak lain yang tak mahu bersekolah. Mujurnya dia tak menangis hanya menunjukkan reaksi terpinga-pinga. Ish..kesian pulak aku tgk dia. Kepada ustazah aku pesankan supaya tengok-2kan anak aku yang sorang tu, terutama bab nak buang air. Maklum jer lar, anak aku yg sorang ni pakai seluar pun tak tentu hala lagi.
Akhirnya.....kul 12 lebih aku dan hubby pegi amik dia kat skolah. Alhamdulillah, dia o.k jer. Hopefully hari esok dia tak meragam lagi macam pagi tadi. Kalau tidak....jenuh lar aku nak pujuk. anak oh anak....
Monday, January 4, 2010
Anakku Masuk Sekolah
Hari ni dengan rasminya Sofea dah masuk darjah satu. Hari Khamis lepas just hantar untuk pendaftaran. Dia yang sekolah, aku lak yang susah hati. Macam-2 bermain kat fikiran aku. First thing, bab nak bangun pagi pegi sekolah. Hari ni alhamdulillah, dia bangun dgn exitednya untuk ke sekolah. Dia pulak yg suruh hantar sekolah cepat-2. Tapi ini hari pertama ....memang lar dia excited kot. Dah lama-2 nanti nak bangun tido pun liat. Untuk minggu pertama persekolahan ni, my hubby boleh lar nak hantar....Tapi lepas ni kena naik bas lar pulak. Pukul 6.50 am dah kena pegi sekolah. Kesian lak kat dia, aku lom pegi keje dia dah gi skolah dulu.
Dari jauh aku dok perhatikan si sofea kat skolah. Alhamdulillah, dia o.k jer. Tp aku ttp susah hati. Bila pikir pandai ker budak ni nak gi toilet sendiri? Rehat nanti nak gi kantin, pandai ker? Pastu dah abis skolah, nak tunggu bas skolah...reti ker dia?? Kalau terttinggal bas camno?? Dah ler aku keje nun jauh di UiTM Shah Alam sana, my hubby lak di KL....haru betul kalau kena balik amik dia kat sekolah. Jenuh lar dia kena tunggu. Kalau ikutkan hati, mahu jer aku beli rumah yang dekat sgn skolah tu. Macam ni lar bila dah jadi mak kan......
Esok lak nak hantar si Zakwan masuk TADIKA buat kali pertama. Yg ni lagi satu aku dok risau. Bimbang betul aku kalau-2 dia bergaduh dgn kawan-2 kat skolah, sbb dia ni boleh tahan gak. Pantang kena usik, dapat lar sebijik dari dia. Pastu, risau jugak kalau dia nak buang air tp tak cakap kat cikgu. Naya betul kalau terkucil dalam seluar...huhuhuhu...Bila dah jadi mak ni benda kecik-2 pun nak pikir kan. Apa pun aku berdoa moga anak-2 aku semuanya baik-baik jer sepanjang di sekolah...Alahai anak-anak...
Thursday, December 31, 2009
Bagaimama azam tahun lepas? dah tercapaikah semuanya.
Bagi aku, azam bukan hanya untuk tahun baru jer, tiap-2 hari pun boleh berazam.
Azam untuk menjadi insan yang diredhai dan diberkati Allah Taala.....setiap hari.
Tahun 2010 merupakan tahun anak-2 aku masuk sekolah kali pertama. Puteri sulungku akan menjejakkan kaki ke darjah satu, while putera sulungku pula akan menjejakkan kaki ke alam TADIKA. Untuk puteriku, aku tak rasa bimbang sangat, sebab aku percaya dia akan dapat menyesuaikan diri dengan cepat. Tapi untuk putera ku Si Zakwan, ada sedikit kegusaran di hati. Masakan tidak, pakai seluar sendiri pun tak berapa betul. Hopefully dia dapat membawa diri bila di sekolah nanti.
Minggu ni aku cuma bekerja satu hari sahaja, selebihnya aku mengambil cuti rehat. Nak buat persediaan untuk anak-2 ke sekolah. Alhamdulillah, boleh dikatakan semuanya dah hampir beres, cuma menunggu hari untuk disekolahkan saja.
Anyway, harapanku moga tahun 2010 ini membawa satu perubahan besar dalam hidup aku.
Tunggu dan lihat sahaja....
Thursday, August 20, 2009
Istimewanya Wanita
2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.
3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
5. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
6. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah- olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail a.s.
7. Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya merupakan kifarat (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidhnya membaca "Alhamdulillahi'alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa." ; maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan AllahTa'ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.
8. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku(Rasulullah s.a.w.) di dalam syurga.
9. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ehsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggung jawab, maka baginya adala syurga.
10. Daripada Aisyah r.ha. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka merekaakan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."
11. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
12. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
13. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung diudara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya. (serta menjaga sembahyang dan puasanya)
15. Aisyah r.ha. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w. siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ?" Jawab baginda, "Suaminya" "Siapa pula berhak terhadap lelaki ?" Jawab Rasulullah s.a.w. "Ibunya".
16. Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.
17. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya(10,000 tahun).
18. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
19. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
20. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
21. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
22. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.
23. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
24. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
25. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
26. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yangdiberikannya.
27. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), makamalaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajibbaginya.
28. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
29. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
30. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila diahiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
31. Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya,bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta keampunan baginya, dan Allah mengangkatkannya seribu darjat untuknya.
32. Seorang wanita yang solehah lebih baik daripada seribu orang lelaki yang tidak soleh, dan seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu, maka ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan dibukakan baginyalapan pintu syurga, yang dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa dihisab.
33. Mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulanglah ia, disapukan mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau merenung ia pada suaminya atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan padanya,memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keredhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya,tiap-tiap langkahnya dan setiap renungannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan seorang hamba. Pada hari Qiamat kelak, Allah kurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke mertabat itu melainkan Nabi-nabi.
34. Tidakkan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siangdan malamnya menggembirakan suaminya.
35. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya melihatisterinya dengan kasih sayang akan di pandang Allah dengan penuh rahmat.
36. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
37. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan medapat pahala jihad.
38. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tolaemas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.
39. Dari Hazrat Muaz : Mana-mana wanita yang berdiri atas dua kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api,maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.
40. Thabit Al Banani berkata : Seorang wanita dari Bani Israel yang buta sebelah matanya sangat baik khidmatnya kepada suaminya. Apabila ia menghidangkan makanan dihadapan suaminya, dipegangnya pelita sehingga suaminya selesai makan. Pada suatu malam pelitanya kehabisan sumbu, maka diambilnya rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada keesokkannya matanyayang buta telah celik. Allah kurniakan keramat (kemuliaan pada perempuan itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya).
41. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis itu. Baginda lalu bertanya, "Adakah kamu menyembahyangkan mayat ?" Jawab mereka,"Tidak"Sabda Baginda "Seeloknya kamu sekelian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki.
42. Wanita yang memerah susu binatang dengan 'Bismillah' akan didoakanoleh binatang itu dengan doa keberkatan.
43. Wanita yang menguli tepung gandum dengan 'Bismillah', Allah akan berkatkan rezekinya.
44. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.
45. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan mebinakan 7 parit diantara dirinya dengan api neraka, jarak diantara parit itu ialah sejauh langit dan bumi."
46. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utus benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat."
47. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat."
48. "Wakai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian."
49. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya,menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya."
50. Sabda Nabi s.a.w. : "Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman- taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat."
51. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
52. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
53. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat,tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.
54. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.
55. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya,cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).
56. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggirangkan engkau, jika engkau memerintah ditaatinya perintah engkau (taat) dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya.
Thursday, February 26, 2009
PESAN RASULULLAH SEBELUM TIDUR
SEBELUM Tidur
Perkara Sebelum Tidur( Tafsir Haqqi )
Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, yaitu :
1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meridhoi kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umroh....
"Bertanya Aisyah :
"Ya Rasulullah.. .. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"
Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tigakali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.
Bismillaahirrohmaan irrohiim,
Qulhualloohu ahad' Alloohushshomad' lam yalid walam yuulad' walam yakul
lahuu kufuwan ahad' ( 3 x )
Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.
Bismillaahirrohmaan irrohiim, Alloohumma shollii 'alaa syaidinaa Muhammad wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad ( 3 x )
Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredloi kamu.
Astaghfirulloohal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum wa atuubu ilaih ( 3 x )
Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akankamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"
Bismillaahirrohmaan irrohiim, Subhanalloohi Walhamdulillaahi Walaailaaha illalloohu alloohu akbar(3 x )
Wallahualam...
Wednesday, January 14, 2009
KELEBIHAN SURAH AL-KAUTHAR

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.
Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.
Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.
Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-
1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.
2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.
3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.
Wallahualam,Perkara yg baik kita amalkan selalu. Sebar2kan kepada kekawan, terima kasih.
Wednesday, January 7, 2009
PETUA ANAK PINTAR
PETUA ORANG2 TUA
1.setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke umbun kepalanya sebanyak yg mungkin atau memadai 100 kali.
2.membaca surah al fatehah 1 kali, alam nasyrah 1 kali
3.bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu kandung mereka. percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yg sedang tidur itu sangatlah bekesan kepada jiwa dan rohnya.
4.apabila kita sedang berbual-bual dengan anak sewaktu dia sedang tidur kita akan lihat matanya bergerak-gerak, walaupun dia sedang tidur.
5.ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan umbun-umbun anak.
Cubalah petua itu dan insya allah kesannya akan anda dapat lihat sendiri.
Selamat mencuba....
Saturday, December 20, 2008
Family Day Pejabat Pendaftar UiTM
Hari ni ada family day Pejabat Pendaftar UiTM kat taman Botani Putrajaya. Aku dah bagi tau awal-2 kat anak-2 tentang acara yg dijangka menyeronokkan kat situ. Si Sofia punyalar excited nak masuk acara kutip gula-gula dan acara mewarna. Ingatkan sempat lar nak join senaman poco-poco, tapi sampai jer senaman dah habis. Lucu melihat gelagat Zakwan yang takut-2 nak masuk acara kutip gula-gula.Anak-anak yg masuk acara kutip gula-2 aku pulak yang sama sibuk berlari dengan diaorang.Yang paling aku tak sangka si Sofia dapat nombor satu acara pertandingan mewarna. Aku bajet-bajet dah saguhati o.klar.Tapi malangnya sofia tak dapat ambil sendiri hadiah tu cuz aku terpaksa balik awal. Abang dan kakak ipar datang bertamu.Nasiblar ada uncle Wan my officemate yang tolong ambilkan hadiah tu bagi pihak Sofia. Tq Uncle Wan!
Friday, December 19, 2008
8 ANUGERAH
2. Siapa yang meninggalkan pandangan yang berlebihan, dianugerahi kepadanya kekhusyukan hati.
3. Siapa yang meninggalkan makan yang berlebihan, dianugerahi kepadanya kelazatan ibadah.
4. Siapa yang meninggalkan ketawa yang berlebihan, dianugerahi kepadanya kehebatan (dalam dirinya).
5. Siapa yang meninggalkan gurauan yang berlebihan, dianugerahi kepadanya keindahan (budi bahasanya).
6. Siapa yang meninggalkan cinta kepada dunia, ia dianugerahi rasa cinta kepada akhirat.
7. Siapa yang meninggalkan kesibukan (menghitung) keaiban orang lain, ia di anugerahi (kesempatan) untuk memperbaiki aib dirinya sendiri.
8. Siapa yang meninggalkan perbuatan menyelidiki tentang bagaimana keadaan Allah swt, maka ia dianugerahi keselamatan dari iktikad orang munafik.
Tuesday, December 16, 2008
Tuesday, November 25, 2008
A Story to live by ......
One day, someone donated a pair of eyes to her. When the bandages came off, she was able to see everything, including her boyfriend.He asked her,'Now that you can see the world, will you marry me?' The girl looked at her boyfriend and saw that he was blind. The sight of his closed eyelids shocked her. She hadn't expected that. The thought of looking at them the rest of her life
led her to refuse to marry him.
Her boyfriend left in tears and days later wrote a note to her saying: 'Take good care of your eyes, my dear, for before they were yours, they were mine.'This is how the human brain often works when our status changes. Only a very few remember what life was like before, and who
was always by their side in the most painful situations.
Life Is a Gift!!!
Today, before you say an unkind word - Think of someone who can't speak.
Before, you complain about the taste of your food - Think of someone who has nothing to eat.
Before, you complain about your husband or wife - Think of someone who's crying out to GOD for a companion.
Today, before you complain about life - Think of someone who died too early on this earth.
Before, you complain about your children - Think of someone who desires children but they're barren.
Before, you argue about your dirty house someone didn't clean or sweep - Think of the people who are living in the streets.
Before, whining about the distance you drive - Think of someone who walks the same distance with their feet.
And when, you are tired and complain about your job - Think of the unemployed, the disabled, and those who wish they had your job.
But, before you think of pointing the finger or condemning another - Remember that not one of us is without sin.
And when, depressing thoughts seem to get you down - Put a smile on your face and think:you're alive and still around.
Thursday, November 20, 2008
63 Tips Untuk Kebahagiaan Rumahtangga Daripada Dr. Fadzilah Kamsah
Dah lama tak menjengok blog aku ni.
Kesibukan kerja menyebabkan aku tak menyempat-nyempat nak berkongsi ilmu yang ada.
Hari ni nak kongsi tip untuk kebahagiaan rumahtangga dari Dr. Fadzilah Kamsah.
Moga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada teman-teman untuk menjadi Mukmin yang diredhai oleh Allah. Aminnn!!!
Tanpa sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan.
Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi.
Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan.
Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.
1. Doa yang berterusan.
2. Patuh ajaran agama.
3. Murah dengan pujian.
4. Murah dengan khidmat.
5. Murah dengan belaian kasih sayang.
6. Murah dengan sentuhan.
7. Mencari kebaikan pasangan.
8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.
9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.
10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.
11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.
12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.
13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/berpisah sementara.
14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.
15. Tolak-ansur.
16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.
17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.
18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.
19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.
20. Sanggup berkorban buat pasangan.
21. Menghormati pasangan.
22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.
23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.
24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.
25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.
26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.
27. Meletakkan hak kepada pasangan.
28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.
29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.
30. Mengawal marah. Buat perjanjian.
31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.
32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.
33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.
34. Memahami peranan ‘pasangan’.
35. Hubungan perasaan sesama pasangan.
36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.
37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.
38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.
39. Tujuh kali puji dan satu teguran.
40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.
41. Banyakkan bergurau dan bermesra.
42. Sentiasa berterus terang.
43. Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.
44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.
45. Elakkan salah pasangan.
46. Cari titik pertemuan.
47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.
48. Lebih banyak memberi daripada menerima.
49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.
50. Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.
51. Seimbangkan hubungan dari segi:
(a) Mental, pendidikan dan ilmu
(b) Emosi
(c) Fizikal dan ekonomi
(d) Sosial
(e) Spiritual
52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).
53. Tidak terlalu mengongkong.
54. Tidak bertindak bersendirian.
55. Memberi peluang untuk berbeza:
(a) Pendapat atau pandangan
(b) Hobi
(c) Kegemaran
(d) Makanan
(e) Cita rasa
(f) Warna pilihan dan pelbagai
56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.
57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.
58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).
59. Tidak meminta yang bukan-bukan.
60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.
61. Mencari kelainan dan perubahan positif.
62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.
63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.
Thursday, October 23, 2008
Ilmu Untuk diKongsi Bersama
Ayat ini mempunyai khafiat pengasih. Isteri yang memandang suami dengan pandangan kasih. Suami yang memandang Isteri dengan pandangan sayang. InsyaAllah Allah memandang rumahtangga itu dengan pandangan rahmat dan berkat sertai diredhai kehidupannya.
Kalau sesiapa tahu makna hakikat ini?
Yang Mati-mati
Yang Hidup-hidup
Yang Mati-hidup.
Yang Hidup-mati
Carilah ia sesuai dengan fikrahmu...JazakAllahu Min Khair
Tuesday, October 21, 2008
Menghilangkan Sifat Marah
Di antara langkah-langkah yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah ialah :
- Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s. w. t akan segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.
- Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang hina.
- Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.
- Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.
- Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda didalam keadaan yang marah.
- Apabila datang marah, banyakkan baca Ta’awwuz ( A’uzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.
- Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu kerana wudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.
- Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur.
- Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah.
Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang. Satu cara lagi, apabila datangnya marah, sedangkan anda berdiri, maka duduklah, sekiranya duduk, maka bersandarlah, Insya Allah kemarahan akan mulai reda. Dengan cara demikian, keegoan akan berkurangan. Tetapi apa yang berlaku, apabila naik marah, yang bersandar akan mula menetapkan duduknya dan seterusnya berdiri, maka kemarahan sudah tidak dapat dikawal.
Marah ertinya gerakan nafsu diri, seketika meluap darah jantung dari suruhan syahwat untuk mempertahankan diri dan untuk melepaskan dendam. Cuma kemarahan itu tidak boleh timbul kalau tidak pada tempat dan waktunya. Bila kemarahan telah timbul tidak ditahan dengan fikiran dan akal sebelum dia menjalar, tidak ubahnya dia dengan api yang membakar, darah naik laksana wap, memenuhi otak, sehingga gelap menyelubungi hati sehingga tidak sanggup berfikir. Menyelimuti seluruh urat saraf, penglihatan nampak kecil bila memandang orang, ketika itu pertimbangan hilang, akal tertutup, fikir tersentak, angan-angan habis.
Orang yang marah adalah laksana gua batu yang terbakar api terkurung di dalamnya dan angin masuk juga mengipasnya sehinggalah terkumpul di dalam gua asap dan wap yang menambahkan panas. Kedengaran api memakan kelilingnya habis menjadi bara. Meskipun diusahakan menyiram, maka air penyiram itu akhirnya akan menjadi minyak tanah menambah kerasnya api.
Perbanyakkanlah beristighfar, itulah senjata orang2 mukmin.
| |
Thursday, October 16, 2008
Adakah Cinta Memerlukan Sebab
Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?
Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!
Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.
Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!
Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan temanlelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.
Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata
"Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!
Monday, October 6, 2008
Aidilfitri Yang Suram
Monday, September 22, 2008
Yahooo...Merdeka...
Sebenarnya ari ni aku dah merdeka..dah abis pantang 44 hari semalam.
So pasni boleh le nak pi jalan-jalan.
Dah puas rasanya duduk terperuk kat umah.
Bermanja dan adakalanya berperang dengan anak-anak, akhirnya tamat jugak tempoh berpantang aku dengan jayanya.
Dengan jayanya???
Emmm.....kalau di beri markah, rasanya cara berpantang aku memang tak leh dapat A lar dgn mak aku.
Al-Maklumlah, aku berpantang cara moden dan tradisional.
Kalau berpantang cara tradisional, sah-sah mak tak bagi aku wat keje dalam pantang.
Tapi aku ni dalam pantang dok ngadap internet, berjalan pulak tak macam orang lepas bersalin baby, tapi cam lepas bersalin kulit jer.Hehehehe.
Pastu start bulan poser aku masak untuk my hubby.
Bukannya tak ada pembantu, tapi rasa lebih berpuas hati kalau hubby berbuka dengan masakan sendiri.
Apa pun, selamat ari merdeka untuk aku. Wakakakaka.
Thursday, September 11, 2008
TATAP WAJAH TERSAYANG DI WAKTU TIDURNYA
Kakak, Abang, Adik, Anak, Sahabat........ Semuanya. Rasakanlah sensasi yang timbul sesudahnya. Rasakanlah energi cinta yang mengalir perlahan-lahan ketika menatap wajah-wajah yang terlelap itu. Rasakanlah getaran cintayang mengalir deras ketika mengimbas kembali betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan untuk kebahagiaan anda. Pengorbanan yang kekadang tertutup oleh kesalah-fahaman kecil yang entah kenapa selalu sahaja nampak besar.Pengorbanan yang melelahkan namun tidak diungkapkan..... Secara ajaib Allah mengatur agar pengorbanan itu dapat kelihatan lagi melalui wajah-wajah jujur mereka ketika sedang tidur.Rasakanlah betapa kebahagiaan dan keharuan seketika terganggu jika mengingatkan itu semua. Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika keesokan hari, orang-orang yang dikasihi itu tidak lagi membuka matanya, buat selama-lamanya... .
Wednesday, August 20, 2008
Ogos Datang Lagi

Ogos datang lagi. Walaupun bagi kebanyakan orang, bulan Ogos adalah bulan kemerdekaan tapi bagi aku bulan Ogos adalah bulan ulangtahun kelahiran insan-insan teristimewa dan tercinta dalam hidup aku.
Awal bulan Ogos adalah ulang tahun kelahiran suami dan anak lelakiku. Dan minggu ketiga bulan Ogos adalah ulang tahun kelahiran puteri sulung ku.
Kini Ogos 2008 telah menjelma. Aku melahirkan seorang lagi putera, juga pada bulan Ogos.
Walaupun aku dijangka melahirkan puteraku pada awal September, tapi di bulan Ogos juga akhirnya dia dilahirkan.
Mungkin inilah hadiah terbaik untuk aku berikan pada suami di hari ulangtahun kelahirannya. Tapi tak boleh ler tiap-tiap tahun. Hehehehehe.





